KUALA LUMPUR: Star City FC mengejutkan Melaka FC apabila menahan pasukan tuan rumah 2-2 dalam Liga Super 2026/2027 di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka malam ini.
Seri itu menaikkan Star City ke tangga ketujuh dengan enam mata, manakala Melaka kekal di tangga keenam dengan 10 mata selepas tujuh perlawanan.
Melaka mendahului seawal minit kelima menerusi Jafri Firdaus Chew, yang melepaskan rembatan dari sebelah kiri dan menewaskan penjaga gol Muhammad Farhan Abdul Majid.
Pedro Henrique Oliveira da Silva menyamakan kedudukan menerusi tandukan pada minit ke-55 sebelum Noel Abgre meletakkan Melaka kembali di depan lima minit kemudian seperti dilapor Bernama.
Douglas Felisbino de Oliveira menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-68 untuk menjaringkan gol penyamaan, dan kedudukan 2-2 kekal hingga tamat perlawanan.


