ARTIKEL

Fatimah bersama-sama ahli Wanita PBB yang lain selepas mengadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi Wanita PBB di Ibu Pejabat PBB pics n kapsyen: GHAZALI BUJANG

Penambahan kerusi wanita PRN tertakluk kepada budi bicara Premier

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penambahan kerusi wanita pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang tertakluk kepada prerogatif Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Fatimah bersama-sama ahli Wanita PBB yang lain selepas mengadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi Wanita PBB di Ibu Pejabat PBBpics n kapsyen: GHAZALI BUJANG

Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, sayap wanita akan menyokong penuh segala keputusan tampuk kepimpinan negeri ini.

“Bagi pergerakan wanita PBB, kita menggunakan budi bicara Premier kerana beliau memahami bagaimana perasaan, hati dan naluri wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi Wanita PBB di Ibu Pejabat PBB di sini, hari ini.

Menjawab soalan pemberita, Fatimah menyatakan hasrat untuk berunding bagi meningkatkan bilangan calon wanita sekiranya jumlah kerusi DUN ditambah menjadi 99 kerusi menjelang PRN akan datang.

Dalam perkembangan sama, Fatimah turut memberi jaminan untuk terus berjalan mengiringi Premier dalam satu pasukan untuk Sarawak.

“Apa-apa naratif yang negatif kepada kepimpinan Premier atau kepada Sarawak akan menyebabkan kami lebih bersatu-padu,” jelasnya.

Menurutnya lagi, kerajaan negeri sentiasa menitikberatkan tentang perpaduan, pembangunan, keamanan dan keharmonian demi Sarawak.

“Kita akan bekerjasama sebagai sebuah pasukan dan terus memberi sokongan terhadap kepimpinan untuk menjadikan rakyat Sarawak lebih bersatu padu,” ujarnya.

Sementara, Naib Ketua Pergerakan Wanita PBB Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menyatakan Sarawak mencapai pelbagai kejayaan melalui kebijaksanaan Premier dalam mengembalikan sebahagian besar hak negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kita akan terus mempertahankan hak negeri menggunakan cara Sarawak. Hasil yang kita peroleh selama ini jelas mencerminkan bahawa cara kita adalah betul,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU