ARTIKEL

ANNUAR dibawa melawat ke bilik belajar di asrama yang ditambah baik oleh pihak MLNG semasa Program Memperkasakan Ilmu: Jangkauan Luar MLNG Bestari di SMK Pusa, hari ini. Foto. OSMAN RAZALI

Penambahbaikan Asrama Tingkatkan Peratusan Kehadiran Pelajar SMK Pusa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUSA: Persekitaran asrama yang selesa dan kondusif bukan sahaja mampu meningkatkan kehadiran pelajar, malah turut menyumbang kepada pencapaian akademik yang lebih cemerlang.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr. Annuar Rapaee, memuji inisiatif Malaysia LNG (MLNG) menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang berjaya mentransformasikan kemudahan asrama di SMK Pusa.

ANNUAR tiba di SMK Pusa disambut oleh guru dan pelajar.

Menurut beliau, perubahan ketara yang berlaku dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini memberi impak positif kehadiran pelajar serta prestasi akademik sekolah berkenaan.

“Saya datang ke sini pada 2024 dan bertanya berkaitan kadar kehadiran pelajar kerana ia mencerminkan minat mereka dengan pembelajaran. Pada ketika itu, pihak sekolah memaklumkan kadar kehadiran kurang daripada 90 peratus.

“Jumlah pelajar yang menetap di asrama amat sedikit berikutan keadaan kemudahan yang kurang memuaskan.

“Saya memohon bantuan daripada MLNG dan hari ini, alhamdulillah, kita dapat melihat banyak perubahan yang dilaksanakan di asrama sekolah ini,” katanya ketika merasmikan Program Memperkasakan Ilmu: Jangkauan Luar MLNG Bestari di SMK Pusa, hari ini.

ANNUAR menyaksikan simbolik penyerahan projek siap penambahbaikan asrama oleh MLNG yang disampaikan Abang Jimmy (dua kiri) kepada Saini (dua kanan) pada Program Memperkasakan Ilmu: Jangkauan Luar MLNG Bestari di SMK Pusa, hari ini. Foto. OSMAN RAZALI

Jelasnya, hasil penambahbaikan tersebut, kadar kehadiran pelajar kini meningkat kepada lebih 97 peratus, manakala seramai 230 pelajar memilih untuk menetap di asrama.

Lebih membanggakan, katanya, kesemua pelajar yang tinggal di asrama berjaya memperoleh kelulusan penuh dalam peperiksaan.

Beliau turut berharap segala sumbangan yang disalurkan oleh MLNG dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi meringankan beban pihak sekolah serta meningkatkan kualiti kehidupan dan pembelajaran harian pelajar.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Malaysia LNG, Abang Jimmy Abang Mordian, berkata Petronas memulakan projek penambahbaikan tersebut pada tahun lalu sebelum berjaya disiapkan sepenuhnya pada Januari 2026.

Menurut beliau, MLNG berbesar hati dapat menyumbang kepada usaha memperkasakan pendidikan di Sarawak menerusi peningkatan kemudahan di empat blok asrama SMK Pusa.

Tambah beliau lagi, inisiatif tersebut merupakan manifestasi komitmen berterusan Petronas dalam menyokong pembangunan pendidikan di Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU