ARTIKEL

KHAIRUL NIZAM MORSHIDI... Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SSC.

Penangguhan SUKMA cetus kebimbangan atlet, kontinjen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketidaktentuan situasi berhubung cadangan menangguhkan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 jelas menimbulkan kebimbangan terhadap kontinjen dan atlet terlibat.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) merangkap Pemangku Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Khairul Nizam Morshidi berkata walaupun keputusan tersebut belum dimuktamadkan secara rasmi, ia mencetuskan situasi tidak menentu dalam kalangan atlet dan kontinjen ketika ini.

“Para atlet telah membuat persiapan masing-masing untuk menghadapi temasya berkenaan yang dijadual berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos depan.

“Apa pun, ia bergantung kepada keputusan kerajaan Selangor selaku tuan rumah,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Kejohanan Tenis Remaja Dunia ITF Kelayakan Akhir Asia/Oceania 2026 di gelanggang tenis SLTA pagi tadi.

Khairul Nizam turut menyuarakan kebimbangan berhubung kelayakan umur para atlet sekiranya temasya itu sah ditangguhkan.

“Jika temasya itu ditangguhkan ke tahun hadapan, sebahagian atlet kita mungkin tidak lagi layak kerana melebihi had umur.

“Mungkin perlu ada semakan atau lanjutan had umur yang perlu diteliti semula,” tambahnya.

Beliau berkata Majlis Tertinggi SUKMA sebelum ini telah bersetuju untuk meneruskan penganjuran temasya itu, dengan keputusan muktamad kini tertakluk kepada perbincangan lanjut susulan perkembangan semasa.

Beliau berkata sebarang penangguhan boleh memberi implikasi besar kepada semua negeri terlibat, khususnya dari segi perancangan kewangan dan kesinambungan program latihan atlet yang sedang membuat persiapan.

Ketidaktentuan ini susulan cadangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mencadangkan agar temasya SUKMA 2026 ditangguhkan sehingga konflik di Asia Barat reda dan pembinaan semula Stadium Shah Alam siap.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU