ARTIKEL

Nur Farhana Fuad, 26

Pencarum Sifatkan Akaun Fleksibel KWSP Tabung Kecemasan Jangka Pendek

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kemudahan Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilihat semakin relevan sebagai instrumen bantuan kewangan jangka pendek bagi membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup yang kian mencabar.

Laporan penyelidikan terbaharu KWSP mendedahkan bahawa, perbelanjaan bagi keperluan harian mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 93 peratus daripada keseluruhan penggunaan dana berkenaan.

John Wilson Lingkong, 49

Sehubungan itu, Suara Sarawak meninjau maklum balas beberapa pencarum mengenai keberkesanan Akaun Fleksibel dalam konteks pengurusan kewangan peribadi mereka.

Bagi Nur Farhana Fuad, 26, beliau menyifatkan akaun tersebut sebagai tabung kecemasan yang amat membantu ketika berdepan situasi mendesak.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kemudahan itu hanya bersifat penyelesaian sementara dan bukan kaedah mutlak dalam pengurusan kewangan.

“Walaupun dana ini boleh diakses pada bila-bila masa, ia lebih berfungsi sebagai sokongan kewangan seketika.

“Saya tetap mengutamakan pengurusan kewangan yang berdisiplin supaya tidak terlalu bergantung kepada pengeluaran akaun tersebut memandangkan ia merupakan simpanan hari tua,” katanya kepada Suara Sarawak.

Ujar beliau lagi, KWSP kekal sebagai platform simpanan persaraan utama dan penggunaan Akaun Fleksibel tidak akan menjejaskan struktur simpanan masa hadapan sekiranya diurus secara berhemah.

“Oleh itu, setiap keputusan untuk membuat pengeluaran perlu dipertimbangkan dengan matang.

“Saya melihat kemudahan ini sebagai fleksibiliti untuk mengurus aliran tunai semasa tanpa mengetepikan perancangan persaraan,” katanya.

Sementara itu, John Wilson Lingkong, 49, berpendapat Akaun Fleksibel sekadar penyelesaian jangka pendek jika individu gagal merancang kewangan dengan rapi.

“Meskipun ia meringankan beban ketika kos sara hidup meningkat atau pendapatan tidak mencukupi, pengeluaran secara kerap dikhuatiri menjejaskan simpanan hari tua.

“Wang yang dikeluarkan seharusnya diganti semula bagi memastikan kelestarian simpanan masa hadapan kekal terjamin,” jelas beliau.

Manakala bagi Abigail Jawat Andrew, 24, kemudahan Akaun Fleksibel menuntut tanggungjawab tinggi daripada pencarum agar tidak digunakan secara sewenang-wenangnya.

“Ia sememangnya membantu apabila kita memerlukan tunai dengan segera.

“Namun, pencarum perlu lebih bertanggungjawab dalam mengimbangi pengeluaran dan simpanan demi jaminan hidup selepas bersara,” katanya.

Abigail Jawat Andrew, 24

BERITA LAIN

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil