ARTIKEL

Gambar Hiasan

Pencemaran bunyi ganggu ketenteraman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENCEMARAN bunyi mungkin kurang popular jika dibandingkan dengan pencemaran udara, tanah dan air.

Pencemaran bunyi merujuk kepada tahap kebisingan tidak diingini daripada bunyi yang disebabkan oleh aktiviti manusia sehingga menimbulkan ketidakselesaan.

Biasanya, pencemaran bunyi berlaku di kawasan lalu lintas, lapangan terbang, landasan kereta api, kilang, industri dan pembinaan.

Baru-baru ini tular lelaki memukul penunggang motosikal di sebuah kedai serbaneka disebabkan tidak berpuas hati ekzos motosikal dibunyikan kuat hingga menjejutkan bayinga.

Kejadian sekitar jam 1.00 pagi itu tular melalui video berdurasi satu minit 45 saat di media sosial.

Akibat kejadian itu, mangsa mendapatkan rawatan di hospital dan disahkan mengalami kecederaan pada pipi kiri dan perut.

Lelaki tersebut ditahan pihak polis kerana menyebabkan kecederaan dan jika disabit bersalah boleh dihukum penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Dalam kejadian tersebut, terdapat dua perkara yang boleh dibincangkan iaitu bertindak mengikut emosi dan pencemaran bunyi ekzos.

Kita fokus bahagian pencemaran bunyi kerana rata-rata warganet di media sosial seolah-olah ‘menyokong’ tindakan individu yang ditahan.

Kejadian tersebut juga membuatkan saya teringat salah satu topik pembelajaran ketika sekolah menengah iaitu pencemaran bunyi.

Pencemaran bunyi mungkin bersifat sementara terutamanya di kawasan pembinaan dan kilang. Malah biasanya kawasan industri tersebut dipantau melalui Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019.

Pencemaran bunyi memberi kesan negatif kepada manusia secara berbeza bergantung penerimaan individu.

Bunyi kurang daripada 75 desibel (db) kebiasaannya tidak menimbulkan permasalahan ke atas sistem pendengaran. Tetapi sekiranya didengari berterusan dalam jangka masa panjang, ia boleh menyakitkan telinga.

Contoh bunyi 75db ialah bunyi ketita kita pan tandas. Manakala, bunyi melebihi 85 db berulang kali dalam tempoh jangka masa panjang berupaya menyebabkan kehilangan pendengaran secara sementara atau kekal. Contohnya mesin pemotong rumput atau blender – alat pengisar.

Dalam situasi bunyi ekzos tadi, bunyi bising mengganggu bayi yang sedang tidur sehingga terjaga pada jam 1.00 pagi.

Bukan nak melarang ‘hobi mahal’ ubah suai motosikal, tapi mungkin boleh tanam sifat timbang rasa dengan orang lain.

Contoh lain dalam sukan seperti bola sepak, alat seperti vuvuzela diharamkan di sesetengah stadium kerana bunyi yang terlalu kuat.

Tekanan emosi dan psikologi boleh berlaku kepada individu yang mengalami gangguan kebisingan berterusan.

Hilang kawalan serta gagal berfikir dengan baik dan boleh mencetuskan kemarahan.

Lebih-lebih lagi sekiranya ia berlaku pada waktu rehat dan tidur.

Justeru, diharapkan melalui penguatkuasaan undang-undang dan laporan pencemaran bunyi dapat dikurangkan daripada kenderaan.

Laporan berkaitan pencemaran bunyi boleh disalurkan terus kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Jabatan Alam Sekitar di bawah kategori bunyi bising dan gegaran.

Jabatan Alam Sekitar mempunyai bidang kuasa dalam mengawal pencemaran bunyi bising yang dilepaskan daripada kenderaan bermotor.

Langkah ini diambil bagi menangani aduan awam serta memastikan ketenteraman dan kesihatan masyarakat terpelihara daripada gangguan bunyi melampau.

Tindakan tegas termasuk kompaun atau saman boleh dikenakan terhadap pemilik motosikal yang gagal mematuhi standard pelepasan bunyi di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987.

Contoh lain yang boleh diambil apabila kawasan kejiranan yang membuka kedai makan dengan aktiviti karaoke.

Mungkin bagi sesetengah orang, bunyi tersebut perkara biasa atau sekadar hiburan, tetapi bagi mereka yang mahu berehat, bekerja atau menidurkan anak, ia boleh menjadi satu gangguan.

Akhirnya, isu pencemaran bunyi bukan sekadar soal kuasa atau peralahan sesuatu bunyi, tetapi juga soal timbang rasa.

Kita berhak menikmati hobi dan melakukan aktiviti yang disukai, tetapi pada masa yang sama orang lain juga mempunyai hak untuk menikmati ketenteraman.

Kadang-kadang, sedikit pertimbangan sudah cukup untuk memberikan ketenangan kepada orang lain.

BERITA LAIN

Ensiklopedia bergerak dari Teriso

BAGI Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dunia tidak pernah sekadar tempat untuk dilalui. Setiap tempat yang dikunjungi, manusia yang ditemui dan pengalaman

Sirih pulang ke gagang

HENING pagi belum banyak terusik ketika sebuah katamaran mula meninggalkan Jeti Terminal Penumpang Kuching, Pending. Di hadapan terbentang perjalanan menyusuri perairan Sarawak, manakala di belakang

BERITA TERBARU

Wanita rentung dalam kebakaran

KUCHING: Seorang wanita berusia 35 tahun ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Taman Kim Pang di sini, petang tadi. Jurucakap