ARTIKEL

Pencemaran udara di Bangkok meningkat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANGKOK: Penduduk di ibu negara Thailand, Bangkok sedang bersiap sedia untuk berdepan peningkatan paras pencemaran pada tahap PM2.5 minggu ini, lapor media Thailand.

Pakar meramalkan, keadaan dijangka bertambah buruk sehingga 17 Januari.

Jabatan Kawalan Pencemaran (PCD) negara menggesa orang ramai bekerja dari rumah sehingga tarikh itu bagi mengelak pencemaran yang paling teruk.

Bangkok Post melaporkan, Pentadbiran Metropolitan Bangkok meminta sekolah mewujudkan bilik bebas habuk di semua tadika dan sekolah. Agensi itu juga meningkatkan pemeriksaan terhadap semua sumber pencemaran di dalam bandar.

Bahan pencemar PM2.5 ialah zarah halus yang boleh dihidu, biasanya mempunyai diameter 2.5 mikrometer atau kurang.

Ia dominan ketika episod jerebu dan dikaitkan dengan kanser paru-paru serta penyakit jantung.

Ketua Pengarah PCD, Preeyaporn Suwanakate, berkata kepekatan bahan pencemar itu semakin meningkat disebabkan peredaran udara yang lemah di banyak kawasan di Bangkok.

Katanya, ia sebahagian besarnya disebabkan gabungan tekanan atmosfera rendah dan corak angin yang turun naik di rantau ini.

Suwanakate berkata, Bangkok kini menerima angin dari selatan, yang dijangka digantikan dengan angin dari timur dan timur laut, dan ia akan mengangkut bahan pencemaran dari wilayah lain ke bandar.

The Nation Thailand melaporkan, Thailand mengalami kesan kebakaran hutan di dalam negara dan negara yang berdekatan dengannya.

Ia biasanya memuncak pada bulan-bulan akhir tahun dan permulaan tahun baru.

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha