ARTIKEL

Pendaki Malaysia cemas apabila sherpa kebas di zon maut Everest

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PETALING JAYA: Pendaki negara Mohd Khafiz Bachok berdepan detik cemas apabila pemandu arahnya, Saila Mingma, mengalami kebas seluruh badan di Kem Empat Gunung Everest, pada ketinggian hampir 8,000 meter.

Mohd Khafiz, 47, yang dikenali sebagai Kicok, menasihati Saila, 26, supaya memakai semula topeng oksigen sebelum mereka berehat.

Beliau berkata pendaki dan sherpa saling bergantung serta perlu mengambil berat keadaan antara satu sama lain.

Mohd Khafiz berjaya menawan puncak Everest pada 18 Mei lepas, sekali gus menjadi rakyat Malaysia ke-27 yang mencapainya.

Bagi Saila, kejayaan itu merupakan pendakian Everest kali keenam.

Pengalaman mereka menjadi fokus dokumentari arahan Ahmad Yazid yang mengetengahkan hubungan dan kepercayaan antara pendaki dengan sherpa.

Rakaman ekspedisi dilakukan selepas taklimat awal, dengan persediaan kamera aksi, kamera 360 darjah, bateri dan kad memori.

Menurut Bernama, dokumentari itu turut memaparkan perjalanan Chew Wei Ngor, 56, yang sampai ke Kem Empat tetapi terpaksa menghentikan pendakian akibat kesesakan laluan.

Terbitan Rack Focus Films dan Red Communications itu berdurasi 50 minit dan akan ditayangkan menerusi Astro saluran 100 pada 13 Sept, jam 8 malam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU