Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Pendapatan pertanian pintar RM5,625 sebulan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Anggaran pendapatan yang diperoleh sebuah masjid ialah RM5,625 sebulan melalui pertanian pintar, kata Timbalan Ketua Saintis dan Timbalan Penasihat Ekonomi Digital Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), Prof. Ir. Ts. Dr. AlKhalid Othman.

Menurutnya, angka itu dapat dibuktikan selepas pelaksanaan projek Pertanian Bandar Pintar (Smart Urban Farming) fasa pertama yang melibatkan lima buah masjid dan surau.

“Projek ini kita laksanakan di Masjid Darul Khatimah, Semerah Padi yang berjaya menjana hasil jualan tertinggi iaitu RM3,039 bagi tiga kali tuaian diikuti Surau Al Ansar, Taman Yen Yen (RM1,946 dengan dua kali tuaian), Surau Darul Qarar, Patingan (RM1,900 dengan pertama kali tuaian), Surau Nurul Salihin, Bako Hijrah (RM370 untuk sekali tuaian) dan Surau Darul Rahman, Taman Won Baru Jalan Bunga Kemuning.

“Sehingga kini, jumlah pendapatan yang dihasilkan oleh lima buah masjid dan surau itu ialah RM7,255,” katanya pada majlis Penyerahan Pertanian Bandar Pintar Fasa Kedua di Pejabat SMA di sini, semalam.

Tambah Khalid, bagi fasa kedua, terdapat 20 buah masjid dan surau dipilih untuk melaksanakan program terbabit dengan penanaman 900 pots sayuran bagi sebuah masjid dan surau.

Maka, kita akan mempunyai 18,000 pots sayuran apabila dijayakan kelak.

“Antara 20 masjid dan surau terbabit ialah Masjid Darul Istiqlaal Kampung Sungai Maong, Masjid Al-Firdaus (Kampung Tunku RPR Fasa 2), Masjid Darus Salam, Kamung Matang Batu 10, Masjid Darul Ikhwan, Kampung Muara Tebas, Masjid Darul Hasanah, Taman Sourabaya Indah dan lain-lain,” jelasnya.

Tegasnya, objektif utama Projek Pertanian Bandar Pintar ialah memfokuskan kepada peningkatan sosioekonomi masyarakat dan kemampanan kewangan, untuk mewujudkan kesedaran dan kesediaan mengenai pertanian pintar.

“Kita juga ingin melihat masyarakat di bandar membangunkan rantaian bekalan secara holistik dengan dasar keterangkuman ekonomi digital sekali gus membasmi kemiskinan bandar.

“Setakat ini, sebanyak 45 buah masjid dan surau di bawah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) telah memenuhi kriteria bagi pelaksanaan projek ini,” ujarnya.

Khalid turut memberitahu, hasil daripada projek ini akan menjadi tanda aras untuk memperluaskan pertanian pintar kepada masyarakat lain di seluruh Sarawak.

SMA ialah badan mengawal selia yang ditubuhkan menurut Seksyen 3 Ordinan Sarawak Multimedia Authority 2017 dengan objektif utama untuk menerajui, menyelia dan memudahkan pelaksanaan pembangunan komunikasi, multimedia dan inisiatif Ekonomi Digital Negeri.

Keterangan lanjut, lawati laman sesawang di https://www.sma.gov.my/

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru