ARTIKEL

BERCAKAP… Fatimah dan Van Der Veen ketika ditemui media.

Pendekatan Sarawak tangani isu dadah, bahan terlarang tarik minat UNODC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pendekatan holistik Sarawak dalam menangani isu dadah dan bahan terlarang melalui Pusat Khidmat Sehenti (OSC) menarik minat Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) untuk meneliti sendiri cara kerajaan negeri menguruskan isu berkenaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, UNODC berpeluang melihat secara dekat model bersepadu Sarawak dalam menguruskan isu dadah dan bahan terlarang menerusi kunjungan hormat yang diadakan.

Fatimah dan Van Der Veen bersama-sama yang lain merakamkan gambar kenangan.

“Kementerian juga telah menjemput semua rakan strategik OSC untuk menyertai sesi ini bagi memberikan UNODC gambaran menyeluruh usaha berterusan negeri,” katanya semasa kunjungan hormat UNODC di bangunan Baitul Makmur II, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fatimah menerangkan bahawa OSC melibatkan pelbagai rakan strategik yang bekerjasama merentasi empat teras utama — memutuskan bekalan dadah, mengurangkan permintaan, usaha pemulihan dan advokasi, termasuk membantu individu pulih kembali serta bergaul semula ke dalam komuniti.

Sementara, UNODC ketika ditemu bual menyifatkan pendekatan komprehensif Sarawak dalam menangani penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang selaras dengan standard antarabangsa bagi pencegahan, rawatan dan pemulihan.

Ketua UNODC Malaysia, Eric Van Der Veen berkata, Sarawak jelas mencerminkan keseimbangan dalam isu berkenaan, selaras dengan pendekatan yang ditekankan oleh agensi tersebut.

“Bagi kami di PBB, pendekatan seimbang dan komprehensif dalam pencegahan dan rawatan dadah sangat penting.

Justeru, kami ingin melihat sendiri bagaimana langkah pencegahan dan rawatan terhadap pengguna dadah dilakukan di negeri ini,” katanya.

Menurutnya, lawatan itu diadakan susulan pertemuan awal mereka di Bali dua bulan lalu semasa persidangan antarabangsa yang melibatkan para profesional dalam bidang penyalahgunaan bahan.

Dalam perkembangan sama, Sarawak mencatatkan 11,408 tangkapan berkaitan dadah melalui 8,389 operasi penguatkuasaan pada tahun 2024, 1.3 peratus daripada jumlah tersebut merupakan penduduk negeri ini.

Daripada kes berkenaan, 80 peratus (9,052 individu) didapati positif menggunakan dadah, lebih dua kali ganda berbanding jumlah kes yang dilaporkan pada tahun 2018 (4,762 individu).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU