ARTIKEL

Johnny Pang menyampaikan hadiah kepada salah seorang kanak- kanak cemerlang sempena merasmikan Hari Apresiasi Kanak-Kanak Tabika KEMAS Ke-40 dan Majlis Akhir Tahun Tabika KEMAS 2025.

Pendidikan awal kanak-kanak asas pembentukan modal insan – Johnny Pang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Pendidikan awal kanak-kanak perlu diberi keutamaan kerana ia menjadi asas penting dalam pembentukan modal insan, kata ADUN Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming.

Beliau berkata, tempoh usia sifar hingga enam tahun diiktiraf sebagai “golden period” iaitu fasa perkembangan otak paling aktif yang membentuk asas sahsiah, emosi, komunikasi serta kemahiran berfikir kanak-kanak.

“Pendidikan awal yang berkualiti memberi kesan positif terhadap keyakinan diri, kemahiran sosial dan pencapaian akademik murid apabila mereka melangkah ke alam sekolah rendah,” katanya.

Johnny Pang merakam gambar bersama sebahagian kanak- kanak dan ibu bapa yang menghadiri Hari Apresiasi Kanak-Kanak Tabika KEMAS Ke-40 dan Majlis Akhir Tahun Tabika KEMAS 2025.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Apresiasi Kanak-Kanak Tabika KEMAS Ke-40 dan Majlis Akhir Tahun Tabika KEMAS 2025 di Dewan Muktamar Kampung Jabai, di sini, pada Sabtu.

Menurut Johnny Pang, peranan Tabika KEMAS amat signifikan khususnya dalam menyediakan akses pendidikan awal yang saksama di kawasan luar bandar, selain melaksanakan kurikulum yang komprehensif serta melibatkan komuniti dalam pembangunan anak-anak.

“KEMAS bukan sekadar ruang pembelajaran, tetapi sebuah institusi penting yang membentuk jati diri serta nilai murni generasi muda,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, usaha memperkukuh pendidikan awal perlu diteruskan termasuk menaik taraf kemudahan, meningkatkan latihan guru serta memantapkan kurikulum agar sejajar dengan keperluan semasa.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada para pendidik Tabika KEMAS atas komitmen tinggi dalam mendidik anak-anak kecil, di samping menghargai sokongan ibu bapa yang sentiasa bekerjasama dengan guru.

Majlis tersebut turut meraikan kanak-kanak dari Tabika KEMAS Kampung Jabai Kelas A, Kampung Jabai Kelas B serta Tabika KEMAS NKRA Kampung Hulu Nyalau yang bakal melangkah ke Tahun Satu pada tahun hadapan.

BERITA LAIN

Perkhidmatan feri Batang Paloh ditamatkan

DARO: Pembukaan Jambatan Batang Paloh sepanjang 1.7 kilometer hari ini menamatkan perkhidmatan feri di kawasan berkenaan yang telah beroperasi sejak 2009. Ahli Parlimen Igan, Ahmad

Sarawak sasar kemudahan Sukan SEA siap lebih awal

KUCHING: Semua kerja menaik taraf kemudahan bagi penganjuran Sukan SEA 2027 di Sarawak perlu disiapkan selewat-lewatnya Jun tahun depan bagi membolehkan ujian operasi dijalankan sebelum

BERITA TERBARU

Perkhidmatan feri Batang Paloh ditamatkan

DARO: Pembukaan Jambatan Batang Paloh sepanjang 1.7 kilometer hari ini menamatkan perkhidmatan feri di kawasan berkenaan yang telah beroperasi sejak 2009. Ahli Parlimen Igan, Ahmad

Sarawak sasar kemudahan Sukan SEA siap lebih awal

KUCHING: Semua kerja menaik taraf kemudahan bagi penganjuran Sukan SEA 2027 di Sarawak perlu disiapkan selewat-lewatnya Jun tahun depan bagi membolehkan ujian operasi dijalankan sebelum