ARTIKEL

KENNEDY semasa hadir ke Pesta Adet Tulat Apu 2026 di Long Singu, Metalun, semalam.

Pendidikan, infrastruktur, pertanian perlu diperkasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MURUM: Pendidikan, infrastruktur dan pertanian perlu diperkasa secara seiring bagi membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat, khususnya generasi muda Penan.

ADUN Murum, Kennedy Chukpai Ugon berkata, pembangunan ketiga-tiga sektor itu penting bagi memastikan masyarakat di kawasan penempatan semula Murum tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.

Menurutnya, beberapa projek pembangunan di Metalun kini sedang dan telah dilaksanakan, termasuk bangunan baharu SK Metalun yang kini siap dibina.

Katanya, projek menaik taraf jalan ke kawasan berkenaan turut sedang dilaksanakan, manakala rancangan pembangunan Stesen Pertanian Metalun kini berada dalam proses tender.

“Kesemua ini diyakini dapat memperkukuh akses pendidikan, perhubungan dan peluang ekonomi masyarakat Penan, seterusnya meningkatkan kesejahteraan masyarakat di kawasan penempatan semula Murum.

“Ringkasnya, pendidikan membina generasi masa depan, jalan membuka perhubungan, pertanian menyediakan peluang ekonomi, manakala telekomunikasi menghubungkan masyarakat dengan dunia luar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penangguhan Pesta Adet Tulat Apu 2026 di Long Singu, Metalun, semalam.

Jelasnya, usaha meningkatkan capaian telekomunikasi di kawasan berkenaan juga perlu diberi perhatian bagi memastikan masyarakat, terutama generasi muda, mempunyai akses lebih baik kepada pendidikan, peluang pekerjaan dan aktiviti ekonomi berasaskan digital.

Dalam pada itu, beliau menyeru ibu bapa supaya terus menjadikan pendidikan sebagai keutamaan serta menggalakkan anak-anak, khususnya generasi muda Penan, melanjutkan pengajian dan meningkatkan kemahiran.

Menurutnya, generasi muda yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi amat penting bagi meneruskan agenda pembangunan komuniti, selain berupaya menyumbang semula kepada masyarakat setempat.

Menyentuh mengenai Pesta Adet Tulat Apu, Kennedy berkata penganjuran acara berkenaan bukan sahaja penting dalam memelihara warisan dan budaya masyarakat Penan, malah menjadi platform untuk memperkukuh perpaduan serta semangat kebersamaan.

BERITA LAIN

15 Individu Tamat Kursus Kejurulatihan

KUCHING: Seramai 15 individu berjaya menamatkan dan lulus Kursus Sijil Kejurulatihan Diploma ‘B’ AFC/FAM yang berlangsung di Kuching. Kursus berkenaan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu

BERITA TERBARU

15 Individu Tamat Kursus Kejurulatihan

KUCHING: Seramai 15 individu berjaya menamatkan dan lulus Kursus Sijil Kejurulatihan Diploma ‘B’ AFC/FAM yang berlangsung di Kuching. Kursus berkenaan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu