ARTIKEL

Penduduk patuhi PKP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasukan Skuadron Perisai 11 Briged Sarawak komited dalam memastikan laluan sempadan Sarawak-Kalimantan di kampung pedalaman Sapit tidak dicerobohi dengan aktiviti keluar masuk warga asing.

Laluan berjalan kaki di antara Kampung Sapit dan Kampung Gun Tumbawang (Indonesia) itu kini sudah mula ditutup dan dikawal rapi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.

Ketua Pasukan Gerakan Am (PGA) Sapit ASP Abdul Halim Indrus berkata, gerak kerja kawalan PKP di sempadan setakat ini berjalan lancar berikutan penduduk kampung memberikan kerjasama dengan baik.

Tambahnya, seramai 13 anggota dikerahkan bagi membuat pemantauan di sekitar lokasi.

“Masyarakat di sini menunjukkan kepatuhan PKP dan rata-rata mereka yang merupakan petani akur selepas kita memberi nasihat supaya tiada aktiviti rentas sempadan dilakukan dalam tempoh ini.

“Justeru, setakat ini kawalan di persempadanan berjalan baik di mana terdapat Tentera Nasional Indonesia (TNI) juga kelihatan menjaga kawalan di lokasi perbatasan yang sama,” jelasnya ketika ditemui di lokasi semalam.

Dedahnya, kawalan operasi tanpa henti (24 jam) dilakukan secara berterusan namun taktik pengoperasian tidak didedahkan atas maklumat sulit.

Kampung Sapit kini dikenal pasti sebagai salah satu lokasi pedalaman persempadanan Sarawak-Kalimantan yang diberikan perhatian terhadap isu kawalan keluar masuk warga asing.

Tinjauan pemberita Suara Sarawak di lokasi turut menyaksikan kehadiran beberapa anggota Tentera Indonesia sedang melakukan pemantauan tidak jauh daripada kawasan sempadan tersebut.

Terdahulu, kesemua anggota Skuadron Perisai yang bertugas di Pos Sapit turut menerima sumbangan berupa hand sanitiser daripada Unimas.

BERITA LAIN

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya

BERITA TERBARU

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya