ARTIKEL

Penduduk Rh Linit Panggih bergambar bersama PBT II Rary Binjie (tiga kiri). - Foto: BBP Batu Niah

Penduduk Rh Linit Panggih diajar cara tangani kebakaran dalam Program Jiwa Komuniti MADANI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Program Jiwa Komuniti MADANI anjuran Jabatan Penerangan Niah telah diadakan baru-baru ini di Rumah Linit Panggih, Batu Ancay, Saeh Niah, di sini.

Tujuannya adalah untuk mengajar para penduduk Rumah Linit tentang cara mencegah dan menangani kebakaran.

Penduduk rumah panjang menyaksikan PBT II Rary Binjie dan PBB Mohamad Huzaimie Husni menunjukkan cara menggunakan alat pemadam api. – Foto: BBP Batu Niah

Ia melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah yang dianggotai PBT II Rary Binjie dan
PBB Mohamad Huzaimie Husni.

“Pengisian program termasuk ceramah tentang pencegahan dan keselamatan kebakaran, demo APA serta demo kebakaran dapur dan tong gas,” menurut satu kenyataan BBP Batu Niah.

Seorang warga rumah panjang diajar cara memadamkan api. – Foto: BBP Batu Niah

BERITA LAIN

BERITA TERBARU