ARTIKEL

Penebusan baucar buku untuk PPP bermula hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) kini boleh membuat tebusan Baucar Buku Guru MADANI bernilai RM100 bermula hari ini (1 Julai) hingga 30 September 2025.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, inisiatif Baucar Buku Guru MADANI berkenaan memberi manfaat kepada lebih 430,000 PPP bawah KPM.

“Baucar buku ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu Majlis Perasmian Penutup Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025.

“Ia hadiah ilmu bagi golongan pendidik bertujuan untuk membudayakan amalan membaca dan pembelajaran sepanjang hayat,” kata kenyataan itu.

Bagi tujuan penebusan kata kenyataan itu, PPP perlu melayari laman utama DELIMa di https://d2.delima.edu.my/login dan klik pautan tebus baucar buku guru MADANI 2025.

Mei lalu, Anwar mengumumkan baucar buku diperluas kepada lebih 400,000 guru tahun ini, lanjutan usaha kerajaan untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat khususnya pelajar sekolah dan universiti.

Beliau berkata guru mempunyai tanggungjawab besar dalam menyebarkan ilmu selain berperanan memupuk minat pelajar terhadap amalan membaca.

BERITA LAIN

Perkhidmatan feri Batang Paloh ditamatkan

DARO: Pembukaan Jambatan Batang Paloh sepanjang 1.7 kilometer hari ini menamatkan perkhidmatan feri di kawasan berkenaan yang telah beroperasi sejak 2009. Ahli Parlimen Igan, Ahmad

Sarawak sasar kemudahan Sukan SEA siap lebih awal

KUCHING: Semua kerja menaik taraf kemudahan bagi penganjuran Sukan SEA 2027 di Sarawak perlu disiapkan selewat-lewatnya Jun tahun depan bagi membolehkan ujian operasi dijalankan sebelum

BERITA TERBARU