ARTIKEL

Penempatan polis secara bergilir tingkat integriti operasi mahkamah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Penempatan anggota polis di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur akan dilaksanakan secara penggiliran bagi menangani aktiviti touting (ulat mahkamah) yang didakwa melibatkan peguam dan individu.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam surat edaran kepada media memaklumkan, langkah itu diputuskan dalam perbincangan bersama Polis Cawangan Mahkamah Kuala Lumpur pada 8 Okt lepas, bagi penempatan anggota polis pada setiap mahkamah di kompleks mahkamah berkenaan.

“Tindakan job rotation (pusingan kerja) ini akan dijalankan selang beberapa bulan bagi memastikan risiko salah guna kuasa dapat diatasi,” menurut surat itu.

Langkah itu diambil susulan aduan yang diterima pada 22 Sept lepas yang mendakwa wujudnya aktiviti touting melibatkan peguam serta individu di kompleks mahkamah berkenaan.

Selain itu, tindakan mengehadkan dan mengetatkan kawalan serta akses orang awam di kawasan lokap mahkamah juga akan diambil, yang mana hanya peguam dan pihak Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili Orang Kena Tuduh (OKT) sahaja akan dibenarkan untuk berjumpa dengan OKT di luar lokap tertakluk kepada kesesuaian keadaan semasa.

Tindakan pengawasan dan pemantauan juga akan dilakukan dari semasa ke semasa oleh pihak penyelia Mahkamah Kuala Lumpur untuk memastikan tiada petugas mahkamah yang terlibat dalam kegiatan seumpama itu.

“Sekiranya mana-mana pihak mempunyai aduan spesifik terhadap mana-mana petugas mahkamah, mohon perkara tersebut dikemukakan kepada pihak Mahkamah Kuala Lumpur untuk tindakan sewajarnya.

“Unit ini merakamkan jutaan terima kasih kerana membawa isu ini kepada perhatian pihak kami. Kami mengambil berat isu-isu yang dibangkitkan dalam surat tersebut dan tindakan sewajarnya akan diambil dari semasa ke semasa bagi menangani masalah ini,” menurut surat itu.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i