ARTIKEL

Rakaman kenangan bersama-sama dengan tetamu kehormat lain, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki (berdiri empat kiri) yang turut menghadiri sidang media. - Foto: Ramidi Subari

Penemuan 20 spesies katak baharu bukti alam sekitar Sarawak sihat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penemuan 20 spesies katak baharu di Sarawak membuktikan kewujudan persekitaran alam sekitar yang sihat dengan kepelbagaian sumber biodiversiti.

Awang Tengah bercakap pada sidang media selepas menyempurnakan acara menaikkan Bendera Ibu Pertiwi Edisi Bulan November di Dataran Ibu Pertiwi, Kuching, hari ini. – Foto: Ramidi Subari

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata pihaknya juga telah diberi taklimat oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) berhubung penemuan daripada usaha penyelidikan kolaboratif melibatkan saintis tempatan dan antarabangsa.

“Saya juga terkejut melihat pelbagai jenis katak yang ditemui melalui kajian yang turut melibatkan rakyat kita sendiri serta penyelidik dari negara lain.

“Kita juga melihat begitu banyak spesis yang berbeza-beza, ada yang kelihatan seperti burung, ada juga bentuk lain yang unik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan upacara menaikkan Bendera Ibu Pertiwi Edisi Bulan November di Dataran Ibu Pertiwi di sini, hari ini.

Tambahnya, penemuan ini menunjukkan bahawa ekosistem Sarawak begitu sesuai bagi spesis katak tersebut.

“Ia sekali gus menunjukkan kekayaan flora dan fauna yang ada di negeri Sarawak sekali gus berharap agar banyak lagi penyelidikan akan dibuat selepas ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau juga percaya bahawa kehadiran pelbagai jenis spesies katak adalah petunjuk kukuh kepada persekitaran yang sihat.

“Jika alam sekitar kita tidak berada dalam keadaan baik, katak ini tidak akan dapat bertahan dan membiak,” tegasnya.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg baru-baru ini menekankan kepentingan Taman Negara Tanah Lembap dalam mengkaji perubahan iklim, terutamanya berkaitan potensi penyimpanan karbon melalui hutan bakau dan ekosistem lain.

Katanya, taman negara ini merupakan tempat tinggal bagi pelbagai spesies, termasuk 20 spesies katak baharu yang ditemui di Sarawak.

Beliau berharap Sarawak dapat menyumbang kepada usaha untuk mengenal pasti trend perubahan iklim dunia yang turut merangkumi usaha mengumpul dana bagi mencari penyelesaiannya.

BERITA LAIN

Urus tanah gambut secara menyeluruh

KUCHING: Sarawak perlu memperkukuh pengurusan tanah gambut secara menyeluruh bagi mencegah kebakaran dan mengurangkan risiko jerebu, terutama menerusi strategi berasaskan sains dan perancangan jangka panjang.

BERITA TERBARU

Urus tanah gambut secara menyeluruh

KUCHING: Sarawak perlu memperkukuh pengurusan tanah gambut secara menyeluruh bagi mencegah kebakaran dan mengurangkan risiko jerebu, terutama menerusi strategi berasaskan sains dan perancangan jangka panjang.