ARTIKEL

Penerbangan ditunda angkara nyamuk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MEXICO CITY: Penerbangan dari Guadalajara ke Mexico City dilaporkan tertangguh lebih dua jam gara-gara diserang puluhan ekor nyamuk yang memasuki kabin pesawat baru-baru ini.

Penerbangan Volaris VOI221 dijadualkan berlepas pada pukul 4.30 petang (waktu tempatan) 6 Oktober lalu tetapi ditangguhkan sehingga 6.59 petang kerana anak kapal dan penumpang cuba menghalau serangga itu.

“Video yang dirakam oleh penumpang dalam penerbangan tersebut menunjukkan kru kabin terpaksa menggunakan semburan nyamuk dengan asap racun serangga itu dilihat berkepul di dalam pesawat.

Penumpang lain turut dilihat cuba membunuh nyamuk menggunakan tangan dan helaian kad panduan keselamatan di tempat duduk mereka sambil menepis asap semburan yang memenuhi ruang udara kabin.

“Walaupun kabin sudah dipenuhi kepulan asap racun serangga, semburan itu masih tidak berkesan, malah menyebabkan lebih banyak nyamuk berterbangan.

“Nyamuk-nyamuk itu hanya berhenti mengganggu kami selepas lampu di dalam pesawat dipadamkan,” kata seorang penumpang kepada USA Today. Menurut pegawai, Lapangan Terbang Antarabangsa Guadalajara kerap diganggu serangga kerana terletak di tengah-tengah hutan tebal dan kawasan banjir yang sering menjadi tempat pembiakan nyamuk. 

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU