ARTIKEL

Penerbangan khas dipertimbangkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Pengangkutan Sarawak mempertimbangkan operasi penerbangan khas dari Kuching ke Kota Kinabalu dan Miri ke Kota Kinabalu bagi memenuhi permintaan pelajar negeri ini.

Menterinya Datuk Lee Kim Shin berkata, kementeriannya menerima permohonan pelajar di Sabah untuk mendapatkan penerbangan dari Kuching ke Kota Kinabalu dan Miri ke Kota Kinabalu.

Kata Kim Shin, kementeriannya berhubung dengan Malaysia Airlines, AirAsia, Malindo dan Maswing untuk operasi penerbangan khas tersebut.

“Untuk tujuan ini, kami menasihati pelajar terus menghubungi syarikat penerbangan untuk menempah tiket penerbangan agar syarikat penerbangan dapat memohon kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) mengenai destinasi yang dinyatakan.

“Kami berharap pendekatan ini membantu pelajar pulang ke kampus masing-masing dan menyambung semula semester baharu pada 5 April ini,” katanya semalam.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 25 Mac 2021

BERITA LAIN

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan