ARTIKEL

Kredit: Airbus

Penerbangan Terus Air Algerie Bakal Pacu Pertumbuhan Perniagaan, pelancongan Malaysia-Algeria

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Oleh Shakir Husain

NEW DELHI: Penerbangan terus Air Algerie ke Kuala Lumpur bermula tahun depan dijangka dapat memacu pertumbuhan perniagaan Malaysia-Algeria serta menggalakkan lebih ramai pelajar Algeria melanjutkan pengajian di Malaysia.

Perkhidmatan penerbangan Algiers-Kuala Lumpur itu diperkenalkan ketika perdagangan dan pertukaran budaya antara kedua-dua negara terus berkembang, kata Duta Besar Malaysia ke Algeria Datuk Rizany Irwan Muhamad Mazlan kepada Bernama pada Selasa (23 Dis).

Syarikat penerbangan nasional Algeria itu merancang melancarkan tiga penerbangan seminggu bagi laluan berkenaan bermula 29 Mac.

“Melalui langkah ini, Air Algerie bukan sahaja meneroka destinasi pelancongan yang popular, malah mewujudkan kehadiran strategik di sebuah hab ekonomi utama di Asia Tenggara. Laluan terus ini menawarkan manfaat besar kepada pengembara Algeria, komuniti diaspora serta sektor perniagaan,” kata Rizany.

“Perkhidmatan ini tepat pada masanya memandangkan hubungan kita dengan Algeria yang semakin berkembang dalam semua bidang utama,” tambah beliau.

Dengan Malaysia semakin menarik minat pelajar dari Afrika Utara, laluan udara baharu itu dijangka menggalakkan lebih ramai pelajar Algeria mendaftar di universiti dan kolej di Malaysia.

Syarikat penerbangan itu akan mengendalikan penerbangan ke Kuala Lumpur yang mengambil masa kira-kira 13 jam menggunakan pesawat baharu Airbus A330-900neo.

Air Algerie kini dalam proses memperoleh tujuh pesawat A330-900 bagi menyokong peluasan laluan antarabangsa, dengan pesawat pertama dijadualkan diterima pada November.- BERNAMA

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU