ARTIKEL

Penerbangan terus Scoot dari Singapura ke Miri bermula Januari 2022

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengalu-alukan operasi penerbangan terus Scoot Tigerair Pte. Ltd (Scoot) dari Singapura ke Miri bermula pertengahan Januari tahun depan.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, ia kerana Miri merupakan gerbang atau pintu masuk utara ke Sarawak.

“Miri juga menjadi salah satu destinasi pelancongan paling popular di negeri ini selain merupakan bandar kedua terbesar di Sarawak dengan populasi lebih 356,000 orang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin

Menurutnya, pihak Scoot telah menulis surat kepadanya pada 11 Oktober lalu mengenai hasrat mereka untuk melaksanakan perkhidmatan penumpang udara terus antara Singapura dan Miri.

“Permintaan itu adalah untuk memulakan penerbangan dua kali seminggu antara Singapura dan Miri dan sebaliknya bermula pertengahan Januari 2022,” katanya.

Kim Shin menambah pada masa ini, Scoot mengendalikan penerbangan dari Singapura ke Kuching tiga kali seminggu.

Justeru, katanya adalah tepat pada masanya untuk syarikat penerbangan itu beroperasi ke bandar dan pekan utama lain di Sarawak.

Mengulas lanjut, beliau berkata kementeriannya telah menerima lampu hijau daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) berhubung perkara berkenaan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU