ARTIKEL

FRIDAY serta tetamu bergambar kenangan bersama-sama penerima bantuan Kerajaan Sarawak pada Majlis Penyerahan Geran MRP DUN Krian Fasa Dua 2026 di Dewan Pejabat Daerah Saratok, semalam.

Penerima MRP DUN Krian Diingatkan Kemuka Laporan Perbelanjaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Penerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian berjumlah RM607,400 diminta mengemukakan laporan perbelanjaan lengkap bagi memastikan setiap peruntukan dibelanjakan secara telus dan berhemah.

ADUN Krian, Friday Belik berkata, laporan berkenaan penting sebagai rekod selain membolehkan pemantauan dibuat dengan penggunaan peruntukan yang disalurkan.

Menurutnya, setiap penerima perlu memastikan geran digunakan mengikut tujuan yang ditetapkan dan benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat.

“Peruntukan yang disalurkan hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin, diurus secara berhemah dan telus demi kesejahteraan serta kebaikan bersama.

FRIDAY ketika menghadiri sesi libat urus bersama MDS bagi projek pemasangan lampu solar DUN Krian Fasa Dua 2025/2026.

“Kesemua penerima juga diminta mengemukakan laporan perbelanjaan dengan lengkap bagi tujuan pemantauan dan rekod,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Geran MRP DUN Krian Fasa Dua 2026 di Dewan Pejabat Daerah Saratok, semalam.

Bagi fasa kedua MRP 2026, sebanyak 77 cek diserahkan kepada 44 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), dua biro wanita, sembilan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), 15 persatuan dan kelab serta enam gereja.

Menjelas lanjut, penerima perlu melaksanakan perbelanjaan berdasarkan tujuan yang ditetapkan dan memastikan setiap penggunaan peruntukan disokong dengan rekod serta = dokumentasi yang lengkap.

Katanya, pengurusan kewangan yang teratur bukan sahaja penting bagi memastikan projek atau aktiviti dapat dilaksanakan dengan lancar, malah mencerminkan tahap tadbir urus organisasi yang menerima peruntukan.

Dalam perkembangan berasingan, Friday turut mengadakan sesi libat urus bersama Majlis Daerah Saratok (MDS) bagi memperhalusi pelaksanaan projek pemasangan lampu solar DUN Krian Fasa Dua 2025/2026.

Sesi berkenaan bertujuan memuktamadkan senarai penerima sebelum kerja penghantaran dan pemasangan dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik.

BERITA LAIN

Hanya GPS mampu jaga Sarawak

SIMANGGANG: Rakyat Sarawak perlu menjaga kepentingan dan menentukan masa depan negeri sendiri menjelang ‘lumba perahu’ (Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 Sarawak) tidak lama lagi. Itu

BERITA TERBARU

Hanya GPS mampu jaga Sarawak

SIMANGGANG: Rakyat Sarawak perlu menjaga kepentingan dan menentukan masa depan negeri sendiri menjelang ‘lumba perahu’ (Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 Sarawak) tidak lama lagi. Itu