ARTIKEL

Pengalaman berharga wartawan pelatih

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Menjalani latihan industri sebelum menamatkan pengajian di universiti sebenarnya bukan setakat memenuhi syarat untuk lulus di peringkat universiti, namun ia akan menjadi pengalaman dan kesedaran bagi pelajar mengenai situasi sebenar di alam pekerjaan.

NURULDAYANA RAFIEE

Sepanjang menjalani latihan industri di Suara Sarawak, saya dapat mengasah kemahiran menulis dan meningkatkan keyakinan diri apabila berdepan dengan orang ramai selain menambah baik kemahiran berkomunikasi. Selain itu, persekitaran pejabat yang amat selesa, waktu bertugas yang fleksibel, senior yang sangat membantu dalam memberi tunjuk ajar kepada kami juga pengalaman berharga yang tidak akan dapat saya lupakan. Justeru itu, setelah beberapa minggu menjalani latihan industri di sini, banyak yang telah saya pelajari iaitu bukan hanya kemahiran menulis dan ilmu tetapi juga pengajaran yang boleh diambil untuk diaplikasikan dalam kehidupan.

AFIEZUL SAMIT

Terima kasih kepada Suara Sarawak atas kesempatan dan peluang yang diberikan sepanjang menjadi wartawan pelatih. Ketika menjalankan tugas di Suara Sarawak, kami dibimbing sepenuhnya oleh wartawan senior lebih-lebih lagi Ketua Pemberita Fenny Silong yang membimbing kami bermula dari bawah hingga dapat merasai pengalaman sebenar bergelar wartawan pelatih. Menjadi wartawan merupakan pengalaman berharga buat saya kerana pengalaman ini dapat melatih saya dalam penulisan, kemahiran komunikasi, kemahiran interpersonal dan yang paling penting mempunyai ramai kawan.

Ia telah memberi peluang kepada saya untuk mengenali kerja hakiki sebagai wartawan dan berterima kasih kepada Suara Sarawak kerana memberi peluang yang berharga untuk saya. Saya berasa bangga kerana dapat menimba pengalaman yang berharga iaitu dapat bekerjasama dengan Bahagian Ruai Suara Sarawak untuk bersama-sama membuat berita. Sepanjang 10 minggu saya menjalani latihan industri, banyak perkara baharu yang telah saya pelajari. Saya sangat gembira kerana editor tidak pernah jemu memberikan tunjuk ajar sepanjang menjalani latihan industri.

BERITA LAIN

Seni Warisan Gambus Lebo

Sesebuah bangsa dikenali melalui budaya, adat dan seni yang diwarisi turun-temurun, kerana elemen itulah yang membentuk identiti serta membezakannya daripada bangsa lain. Apabila warisan itu

BERITA TERBARU