ARTIKEL

Len Talif memegang kertas pencalonan nombor satu.

Pengalaman kekuatan, sandaran Len Talif…

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Datuk Len Talif Salleh menyifatkan pengalaman dalam bidang pentadbiran dan kepimpinan sebagai kekuatan dan keyakinan untuk memperkukuh jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak.

Sedar akan amanah besar yang bakal digalas, Len Talif, yang merupakan calon nombor satu dalam kertas undi, berkata dokongan yang utuh adalah platform penting bagi memajukan PBB agar peranan parti itu kekal relevan dengan perubahan masa.

“Justeru 32 tahun pengalaman sebagai penjawat awam bukan masa yang singkat. Saya percaya bahawa dengan kerjasama dan sokongan serta dokongan yang utuh sudah pasti kita dapat terus memajukan PBB sebagai parti yang relevan dan mampu berdaya saing,” katanya.

Mengulas tentang pencalonannya sebagai Naib Yang Dipertua, beliau menyifatkannya sebagai titik tolak yang didorong oleh keupayaan dan semangat yang kuat demi PBB dan rakyat Sarawak.

Len Talif percaya bahawa kepimpinan PBB yang kukuh adalah kunci kepada masa depan yang lebih baik, dan beliau bersedia untuk memberi sumbangan besar ke arah mencapai matlamat tersebut.

“Saya melihat peluang ini sebagai amanah untuk memperjuangkan hak dan keperluan rakyat Sarawak. Dengan kesatuan dan kerja keras, kita mampu membawa perubahan yang lebih besar,” ujarnya.

Sebagai tokoh yang disegani dalam kalangan ahli parti dan masyarakat, pencalonan Len Talif turut mencerminkan hasrat untuk melihat kepimpinan yang lebih progresif dalam PBB.

Dengan pengalaman dan latar belakang yang kukuh dalam perjuangan rakyat, beliau dilihat mampu membawa suara akar umbi ke tahap kepimpinan tertinggi.

PBB Sarawak akan mengadakan pemilihan parti dalam masa terdekat, dan pencalonan Len Talif sebagai Naib Yang Dipertua pastinya akan menjadi tumpuan utama.

Len Talif Salleh, PBB Sarawak, Kepimpinan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Pencalonan Naib Yang Dipertua, Pengalaman Pentadbiran dan Kepimpinan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU