ARTIKEL

Pengamal media rayu campur tangan antarabangsa lindungi wartawan di zon konflik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Golongan pengamal media berhimpun di ibu negara Malaysia pada Jumaat dan merayu campur tangan masyarakat antarabangsa, terutama mereka yang mempunyai kuasa dan kewajipan melindungai wartawan yang bertugas di zon konflik.  

Ketua Biro Al Jazeera Malaysia Sameer Allawi berkata lebih 200 wartawan maut di Gaza, Palestin sejak Oktober 2023, tetapi tidak ada tindakan diambil terhadap pelakunya.

“Apabila wartawan menjadi mangsa, realiti dipadamkan dan hidup kita diletakkan dalam bahaya.

Jika media tidak dapat bertahan, begitu juga kita, terutamanya dalam waktu mencabar ini,” katanya kepada Bernama dalam perhimpunan bersempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia pada Jumaat.

Perhimpunan ini acara yang julung kali dianjurkan Al Jazeera Malaysia dihadiri hampir 50 individu termasuk media tempatan dan antarabangsa, persatuan wartawan, pertubuhan hak asasi manusia dan badan bukan kerajaan (NGO). 
Sameer juga berkata, mereka yang prihatin tentang hak asasi manusia dan layanan tidak adil kepada wartawan supaya bangkit dan mempertahankan wartawan di seluruh dunia, terutama dalam kawasan konflik.

“Ini amat penting, terutamanya di Palestin di mana keganasan pendudukan (Israel) mengakibatkan kematian wartawan, keluarga dan kanak-kanak serta kemusnahan hospital dan sekolah.

Saya berani bercakap masyarakat antarabangsa tidak menjalankan tugas mereka yang sepatutnya.

Mereka mengabaikan tanggungjawab mereka untuk melindungi wartawan dan mendukung kebebasan media di seluruh dunia terutamanya di zon konflik dan khususnya di Palestin,” katanya.

– BERNAMA

BERITA LAIN

Polis mohon bantuan cari kanak-kanak hilang

JOHOR BAHRU: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang sejak 20 Mei lepas. Ketua Polis Daerah

PDRM

Warga emas ditemui maut dalam longkang

IPOH: Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar Sungai Pinji, Kampung Sungai Rapat, di sini semalam. Ketua

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.