ARTIKEL

Anthony Loke ketika berucap pada Majlis Perpisahan LPB daripada Kerajaan Persekutuan,Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Penyerahan Surat Persaraan Kakitangan LPB di sebuah hotel di Bintulu, malam tadi.

Pengambilalihan LPB kemuncak legasi 47 tahun, bukan perpisahan — Anthony Loke

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Pengambilalihan Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) oleh Kerajaan Sarawak berkuat kuasa 1 September ini bukan suatu perpisahan antara institusi itu dengan Kerajaan Persekutuan, sebaliknya kemuncak kepada legasi pembangunan yang dibina selama 47 tahun.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata LPB yang diserahkan kepada Sarawak hari ini adalah sebuah institusi strategik yang mempunyai asas kukuh hasil pembangunan berterusan sejak Bintulu diisytiharkan sebagai Pelabuhan Persekutuan pada 1979.

Menurut beliau, peralihan pentadbiran itu membuka lembaran baharu kepada LPB untuk terus berkembang berasaskan pengalaman luas, tenaga kerja berkemahiran dan sistem tadbir urus yang dibangunkan sepanjang hampir lima dekad.

“Peralihan pentadbiran ini tidak seharusnya dilihat sebagai terputusnya hubungan antara LPB dengan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

“Bangunan mungkin bertukar pentadbiran dan struktur pelaporan mungkin berubah, namun hubungan profesional, persahabatan serta semangat kebersamaan yang dibina selama hampir lima dekad tidak akan berakhir pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perpisahan LPB daripada Kerajaan Persekutuan, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Penyerahan Surat Persaraan Kakitangan LPB di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Anthony Loke berkata Kerajaan Persekutuan tidak menyerahkan sebuah institusi yang baharu hendak dibangunkan, sebaliknya sebuah organisasi yang telah melalui pelbagai fasa transformasi dan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi Sarawak serta negara.

Katanya, penubuhan LPB pada 15 Ogos 1981 menerusi Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981 menjadi asas kepada pembangunan pelabuhan yang kemudiannya berkembang sebagai antara hab tenaga dan perdagangan terpenting di rantau ini.

Menurut beliau, pembinaan Pelabuhan Bintulu bernilai RM558 juta yang siap pada 1982 menjadi pemangkin kepada perubahan landskap ekonomi Bintulu daripada sebuah bandar pesisir sederhana kepada pusat industri dan tenaga bertaraf antarabangsa.

Pada masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada generasi perintis, bekas pengerusi, bekas pengurus besar dan seluruh warga LPB yang telah menyumbang kepada pembangunan institusi berkenaan sejak penubuhannya.

Katanya, kejayaan LPB tidak dicapai oleh satu organisasi semata-mata, sebaliknya hasil kerjasama erat antara kerajaan, agensi berkaitan, komuniti pelabuhan, pengendali terminal, syarikat perkapalan, pemain industri dan pelbagai pihak berkepentingan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU