ARTIKEL

Gambar hiasan

Penganggur didenda RM2,500 miliki aplikasi judi dalam telefon pintar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah terlibat dalam aktiviti judi dalam talian di tempat awam.

Majistret Ling Hui Chuan turut memerintahkan tertuduh, Nizam, 35, dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 kerana didapati melakukan aktiviti perjudian menggunakan sebuah telefon pintar.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah kedai makan di Jalan Perimat sekitar jam 12.00 tengah hari pada 22 Februari lepas.

Berdasarkan fakta kes, pihak polis melakukan serbuan di lokasi berkenaan sebelum menahan tertuduh yang sedang leka mengendalikan peranti tersebut.

Hasil serbuan tersebut, polis merampas sebuah telefon pintar dan kepingan kertas yang mengandungi catatan angka judi dalam talian.

Barang rampasan kemudian dihantar kepada pakar judi untuk dianalisis dan mengesahkan bahawa telefon pintar milik tertuduh mempunyai aplikasi perjudian.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Fauzultfi Suriani, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU