ARTIKEL

Penganggur didenda rosakkan kereta rakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, menjatuhkan hukuman denda RM3,000 atau penjara empat bulan terhadap seorang lelaki atas kesalahan mengamuk dan merosakkan kereta rakannya.

Tertuduh Steven Linggie Salleh, 34, dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga penganggur didakwa melakukan khianat harta iaitu memecahkan cermin belakang kereta milik Dunstan Goh Seng Chee, 45, hingga menyebabkan kerugian RM1,000.

Selain itu, tertuduh didakwa melakukan khianat harta di sebuah rumah di Lintang Park, Batu Lintang, di sini, sekitar jam 10.16 malam, 16 Oktober lepas.

Oleh itu, tertuduh yang berasal dari Saratok itu didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan ringkasan kes, pengadu telah melihat tertuduh memukul pagar besi rumahnya menggunakan sebilah parang lalu memanjat pagar berkenaan dan seterusnya memecahkan cermin belakang keretanya.

Pengadu kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut, yang seterusnya membawa kepada tangkapan tertuduh di sebuah rumah di Uni Central, Kota Samarahan.

Barang kes seperti parang yang digunakan oleh tertuduh turut dirampas.

Difahamkan, pengadu dan tertuduh telah berkawan lama sejak belajar di sebuah institusi pengajian tinggi pada 2012.

Semasa kematian ibu tertuduh, pengadu telah mengucapkan salam takziah namun tertuduh telah memarahi dan memberikan kata-kata kesat kepada pengadu.

Pengadu tidak mengetahui punca tertuduh bertindak demikian dan menganggap rakannya itu tidak dapat menerima kenyataan bahawa ibunya telah meninggal dunia.

Pendakwaan Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU