ARTIKEL

Penganggur miliki dadah syabu dicekup polis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Seorang penganggur lelaki dicekup polis setelah dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di kediamannya di Kampung Blimbin, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon berkata, serbuan pemeriksaan di kediaman suspek dijalankan oleh sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan dan Jenayah Narkotik(BSJND) Bau sekitar jam 10.10 pagi.

Menurutnya, suspek merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 32 tahun membuka pintu rumah tidak bernombor terbabit sebelum pihak serbuan menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan awal tidak menjumpai sebarang barang salah berkaitan dadah ke atas tubuh badan suspek.

“Pemeriksaan lanjut akhirnya menjumpai sepeket plastik lutsinar berisi bahan kristal dipercayai dadah jenis syabu seberat 0.39 gram di atas meja ruang tamu rumah berkenaan,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, hasil ujian saringan awal air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Poge turut mendedahkan rekod polis turut mendapati suspek pernah ditahan atas kesalahan jenayah lampau.

Susulan itu, katanya, suspek bersama barangan kes telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bau untuk tindakan lanjut.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a)Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tegas beliau, jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak melebihi RM100,000.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan