ARTIKEL

Pengarah syarikat kerugian RM33,998 terpedaya dalam urusan jual beli perniagaan dalam talian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seorang pengarah sebuah syarikat swasta di sini mengalami kerugian sebanyak RM33,998 setelah terpedaya dalam urusan jual beli perniagaan dalam talian.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili, berkata mangsa berusia 20-an merupakan lelaki tempatan telah tampil untuk membuat laporan polis di sini pada Rabu lepas.

“Pada 5 November 2024, mangsa telah menerima pesan ringkas melalui aplikasi WhatsApp daripada seorang individu yang mengaku mewakili Jabatan Pertanian Malaysia.

“Suspek menawarkan peluang perniagaan di mana syarikat tempat mangsa bekerja boleh menjadi pembekal untuk barangan ‘aluminium sliding window’ dan ‘sliding door’ bagi Pejabat Pertanian Sarikei,” menurutnya dalam satu kenyataan semalam.

Tertarik dengan tawaran tersebut, kata Zulkipli, mangsa setuju untuk menjalankan urusan perniagaan dengan suspek.

Menurutnya, suspek kemudian memberikan maklumat pembekal, BMC Homez Legacy, untuk transaksi pembelian.

“Pada 15 dan 18 November 2024, mangsa melakukan dua transaksi pembayaran ke dalam akaun bank tempatan yang diberikan oleh suspek.

“Setelah pembayaran selesai, mangsa diarahkan untuk menghantar barangan tersebut melalui Pejabat Daerah Sibu, tetapi didapati bahawa barangan yang diminta belum siap sepenuhnya.

“Bimbang dengan situasi tersebut, mangsa menghubungi Pejabat Pertanian Sarikei dan mendapati bahawa tiada permohonan atau urusan yang dilakukan dengan pihak jabatan berkenaan,” jelasnya.

Mangsa akhirnya menyedari bahawa dia telah ditipu dan tampil membuat laporan polis.

Zulkipli memberitahu bahawa satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu.

BERITA LAIN

GPS Amalkan Politik Penawar, Utamakan Kesejahteraan Rakyat

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmennya dengan pembangunan menyeluruh dan kesejahteraan rakyat menerusi Belanjawan Sarawak 2027, sekali gus mencerminkan pendekatan pentadbiran yang

BERITA TERBARU

GPS Amalkan Politik Penawar, Utamakan Kesejahteraan Rakyat

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmennya dengan pembangunan menyeluruh dan kesejahteraan rakyat menerusi Belanjawan Sarawak 2027, sekali gus mencerminkan pendekatan pentadbiran yang