ARTIKEL

Ketua Editor IDN Times Uni Lubis (duduk tengah) ketika menerima kunjungan daripada ISWAMI Malaysia di pejabatnya di IDN

Pengaruh media sosial faktor utama kemenangan Prabowo-Gibran 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seperti yang sudah dijangka, keputusan tidak rasmi menunjukkan rakyat Indonesia sebulat suara memilih calon kedua iaitu gandingan antara Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming pada Pemilihan Umum (Pemilu) 2024.

Setakat jam 7 pagi ini, pemilihan Presiden (Pilpres) 2024 berpihak kepada gandingan itu yang masih mendahului dalam hasil hitung cepat atau quick count dari pelbagai lembaga.

Meskipun ramai yang telah meramalkan kewibawaanya, hasil daripada proses hitung cepat (quick count) pilihan raya ini masih mengejutkan beberapa pihak. 

Menurut Ketua Editor IDN Times Uni Lubis, ramalan pengamal media, serta penganalisis politik menjangka akan berlaku pusingan kedua bagi kedua-dua calon (Prabowo-Gibran dan Anies Baswedan-Dr Muhaimin Iskandar).

Namun katanya, jangkaan itu meleset setelah proses hitung cepat menunjukkan bahawa perolehan suara (undi) ke arah Prabowo dengan melebihi 50 peratus. 

Manakala calon pertama iaitu Anies Baswedan tertinggal di belakang dengan peratus yang agak rendah sedikit iaitu bawah 30 peratus.

Uni Lubis menjelaskan, antara faktor utama yang mempengaruhi pengundi adalah pengaruh media sosial, terutama TikTok.

Katanya pengaruh kuat daripada media sosial ini telah memberi sumbangan dan memainkan peranan penting kepada hasil pemilihan yang signifikan dari kalangan anak muda.

Tutut menjadi faktor kemenangan Prabowo kata Uni adalah dukungan dan sokongan daripada Jokowi (Joko Widodo) yang memiliki pemahaman yang mendalam tentang strategi politik. 

“Dukungan ini membantu Prabowo mengatasi lawan-lawannya (calon lain) dalam pemilihan presiden  ini.

“Mungkin ada yang mengatakan faktor utama kemenangan adalah memiliki visi, misi yang kuat dan integriti yang baik seperti yang diinginkan oleh rakyat…namun, peranan Jokowi dalam politik Indonesia nampaknya tidak di diabaikan. 

“Kehadirannya sebagai seorang pemimpin yang dekat dengan rakyat menjadi salah satu “mata” penting dalam politik saat ini,” katanya ketika ditemui pengamal media ISWAMI Malaysia di sini, semalam.

Bagaimanapun katanya, apa yang lebih mengejutkan adalah penurunan peratus yang signifikan dalam perolehan suara (undi) Ganjar Mahfud.

“Keputusan ini jauh (berbeza) daripada perkiraan dan survei yang dilakukan sebelum ini,” tambahnya.

Terdahulu, delegasi ISWAMI menyaksikan proses pengundian bagi pilihan raya 2024 dan mengadakan kunjungan hormat kepada Uni sekali gus menyaksikan proses pengundian quick count Uni di pejabatnya di IDN News di sini.

Lawatan itu diketuai oleh Setiausaha Agung ISWAMI Malaysia Mohd Shukri Ishak, yang juga Ketua Penyiaran (TV dan Radio) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan