Pengawal keselamatan cedera parah di kepala, dilanggar dari belakang di Mukah

MUKAH: Seorang lelaki cedera parah di belakang kepala apabila motosikal yang dipandunya dilanggar dari arah belakang oleh salah seorang pemandu kenderaan jenis Proton Saga dalam kejadian yang berlaku di persimpangan masuk ke Politeknik dan Uitm Mukah semalam.

Menurut Deputi Superitendan Jimmy Panyau, kejadian berlaku apabila pemandu kereta saga tersebut yang memandu dari arah jalan Oya ke kawasan Mukah telah melanggar mangsa dari belakang sewaktu berada di persimpangan tersebut.

“Hasil dari pelanggaran tersebut motosikal mangsa telah terpelanting ke dalam parit bersebelahan kanan jalan dan mangsa pula terheret ke laluan sebelah kanan jalan raya.

“Mangsa, Mohd Zaina Abdullah 53 yang merupakan Pengawal Keselamatan di Ladang Solar Green mengalami cedera parah di belakang kepada dan dihantar segera ke Hospital Mukah oleh pegawai perubatan yang tiba ke lokasi kejadian,” katanya.

Tambahnya mangsa seterusnya turut dirujuk ke Hospital Sibu untuk rawatan selanjutnya, namun demikian pemandu tidak mengalami apa apa kecederaan.

Kes di siasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Suara Sarawak