ARTIKEL

ADUN Lingga, Dayang Norazah Awang Sohor. - Foto: Ramidi Subari

Pengawal Selia kawal aktiviti hidrogen di Sarawak main peranan penting

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pelantikan pengawal selia memainkan peranan penting untuk mengawal pelesenan aktiviti berkaitan hidrogen di Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Norazah Awang Sohor, berkata Rang Undang-undang (RUU) Pengagihan Gas (Pindaan) 2024 Seksyen 19A dijangka akan membantu melindungi hak Sarawak serta meningkatkan sumber pendapatan negeri.

“Pelantikan pengawal selia memainkan peranan yang sangat penting dalam melaksanakan tanggungjawab mengawal selia aktiviti berkaitan hidrogen dalam Seksyen 19B, 19C, 19D, 19E, 19 F dan 19H.

“Selaras dengan objektif Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam memperluaskan ekonomi hidrogen sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan RUU Pengagihan Gas (Pindaan) 2024 pada Persidangan Hari Pertama Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-19 di sini, hari ini.

Norazah menegaskan, sesebuah ordinan bagi hidrogen adalah perlu sebagai kerangka undang-undang yang akan membantu memajukan penggunaan hidrogen meliputi pengeluaran, pengangkutan, penyimpanan dan penggunaan.

Justeru, beliau memberi sokongan terhadap pelaksanaan RUU itu, dan berkata ia akan memberi keutamaan kepada Pelan Hala Tuju Ekonomi Hidrogen Sarawak.

“Masa akan menentukan sama ada langkah-langkah ini mencukupi.

“Beberapa butiran perlu dibincangkan dan mungkin terdapat penyesuaian sepanjang proses legislatif, tetapi RUU ini adalah satu langkah ke hadapan,” tegasnya.

Bagi memastikan usaha memperkasakan penggunaan hidrogen bergiat lebih aktif di Sarawak, Norazah turut menggesa Kerajaan Sarawak agar peka terhadap teknologi terkini yang dapat diguna pakai.

Beliau percaya bahawa penyesuaian kepada teknologi baharu akan menjadi elemen baharu kepada pembuatan teknologi hidrogen oleh Sarawak.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi