ARTIKEL

Gambar hiasan

Pengawasan polis dua tahun bagi pesalah dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Rahman Adam, 44, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta yang sama kerana terlibat dalam pengambilan dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Kesalahan itu dilakukan semasa dia ditahan di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Sarawak, sekitar jam 1.49 petang pada 15 November 2021.

Jika sabit kesalahan, hukuman boleh mencapai penjara sehingga dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000, dan diletakkan di bawah pengawasan serta-merta untuk tempoh tidak melebihi tiga tahun.

Berdasarkan fakta kes, semasa ditahan di IPK Sarawak, ujian saringan awal air kencing tertuduh didapati positif dadah.

Sampel urin kemudian dibawa ke Jabatan Patologi Hospital Umum Sarawak, dan laporan mengesahkan tertuduh positif bagi dadah Amphetamine dan Methamphetamine.

Mahkamah juga memerintahkan agar tertuduh berada di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas membayar denda atau menjalani hukuman penjara.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU