ARTIKEL

Gambar hiasan

Pengedar Dadah Dipenjara 30 Tahun, 15 Sebatan Di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mahkamah Tinggi hari ini, menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 15 sebatan terhadap seorang pengedar dadah selepas didapati bersalah mengedar syabu seberat 527 gram, dua tahun lalu.

Hakim Dean Wayne Daly memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah pada akhir pembelaan kes tertuduh yang berusia 38 tahun tersebut, hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama, kerana mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 527 gram.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup sekiranya tidak dihukum mati dan hendaklah disebat tidak kurang daripada 15 sebatan.

Manakala, pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Sekyen 12(3) Kanun yang sama, kerana memiliki 4.26 gram methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dan 104.62 gram ketamin.

Dia melakukan kesemua kesalahan itu di dalam bilik utama sebuah rumah pangsapuri mewah di Jalan Stutong Baru, sekitar 10.30 pagi, 13 Julai 2024.

Dean Wayne menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 15 sebatan bagi pertuduhan pertama, manakala pertuduhan kedua dan ketiga masing-masing dijatuhkan hukuman penjara dua tahun.

Seramai lapan orang saksi dipanggil daripada pihak pendakwaan dan dua orang saksi daripada pihak pembelaan sepanjang pembelaan kes berlangsung.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fillanny Siji, manakala tertuduh diwakili Peguam Gerald Empaling Donald dan Steven Beti.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU