ARTIKEL

Pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran beras di Ba’Kelalan tingkatkan taraf hidup rakyat 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran beras di Ba’Kelalan mampu meningkatkan taraf hidup rakyat di kawasan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba’Kelalan Baru Bian berkata, menerusi bantuan daripada kerajaan, ia boleh menjadi aktiviti ekonomi utama di rantau ini susulan Nusantara hanya bersebelahan dengan Ba’Kelalan.

“Disebabkan itu, saya mencadangkan agar kerajaan membantu mempromosikan beras Adan dan melaksanakan program untuk menggalakkan petani menghasilkan beras ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perbahasan Menyokong Usul Penghargaan Atas Ucapan Yang Dipertua Negeri Sarawak pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Sementara itu kata Baru, pemprosesan hiliran adalah satu sumber pendapatan masyarakat di kawasannya seperti menghasilkan minuman, bijirin sarapan pagi, makanan bayi, susu beras dan produk lain daripada beras hitam dan merah.

BERITA LAIN

Penghulu ‘hero’ kami

BINTANGOR: Tindakan pantas seorang penghulu berjaya menyelamatkan sebuah rumah daripada musnah dalam kebakaran di Kampung Abang Amin di sini, hari ini. Insiden kira-kira jam 10.50

BERITA TERBARU