ARTIKEL

TAHNIAH... Lela Alamshah menerima watikah pelantikan daripada Dr Azhar di Kuching, hari ini.

Pengetua SMK Saribas dilantik jadi PPD Betong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saribas Mohamad Lela Alamshah dilantik sebagai Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Betong.

Pelantikan tersebut berkuat kuasa 22 April depan.

Pagi tadi beliau menerima watikah pelantikan daripada Pengarah Pendidikan Sarawak Datuk Dr Azhar Ahmad.

Ketika beliau dihubungi menyatakan rasa bercampur-baur.

“Perasaan bercampur aduk antara bangga, bersemangat dan ada sedikit tegang,” katanya kepada Suara Sarawak.

Beliau menyifatkan pelantikan sebagai PPD adalah tanggungjawab besar yang memerlukan dedikasi dan komitmen.

“Amanah ini memerlukan komitmen untuk memberikan yang terbaik untuk menaikkan martabat pendidikan di Daerah Betong.

“Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan kerjasama baik daripada warga pendidikan di Daerah Betong,” ujar anak kelahiran Kampung Pusa itu.

Hadir sama semasa penyerahan watikah ialah Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Sarawak Dr Abang Hut Abang Engkeh dan Dr Les Met.

BERITA LAIN

Bekas wartawan penyiaran Sarawak meninggal dunia

KUCHING: Bekas wartawan penyiaran dari Sarawak, Datuk Affandi Tahir, meninggal dunia di kediamannya di sini semalam. Menurut laporan TVS hari ini, berita pemergiannya disahkan oleh anaknya, Faisal

BERITA TERBARU