ARTIKEL

Profesor Dr Novel Lyndon

Penggabungan PDP dan PRS sukar direalisasikan – Dr Novel Lyndon

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penggabungan Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) sukar direalisasikan kerana memerlukan perundingan yang disepakati secara menang-menang.

Penganalisis Sosiologi Politik Sarawak, Profesor Dr Novel Lyndon, berkata terdapat dua isu besar yang perlu diteliti sekiranya kedua-dua parti ini bergabung.

“Pertama sekali, melihat kepada pemilihan presiden (pemimpin) dalam parti yang digabungkan.

“Walaupun kedua-dua parti merupakan serpihan daripada Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), namun jika dilihat dari segi sejarah perpecahan SNAP sehingga terbentuknya kedua-dua parti, ini disebabkan krisis kepimpinan dan masalah dalaman parti.

“Adakah akar umbi PRS atau masyarakat Dayak sanggup menerima etnik Cina sebagai pemimpin mereka yang memperjuangkan agenda ‘Dayakism’?

“Jika gabungan itu berlaku, persepsi yang timbul ialah individu yang layak menerajui gabungan ini ialah Presiden PDP berdasarkan kedudukan beliau sebagai Menteri Kabinet di Peringkat Persekutuan,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, Presiden PDP merupakan ahli Kabinet Kerajaan Persekutuan yang memegang jawatan sebagai menteri, manakala Presiden PRS tidak mempunyai sebarang jawatan dalam Kabinet Negeri dan Persekutuan.

Baca lain  Sistem perpaipan gas langsung ke rumah lebih murah

Dengan kedudukan Presiden PRS yang tidak ada jawatan, ia pasti akan menimbulkan persepsi seandainya kedua-dua parti ini bergabung, pastinya jawatan presiden akan menjadi permasalahan utama.

Presiden mempunyai kuasa untuk menentukan calon yang akan bertanding.

Maka itu, calon-calon yang bertanding untuk kerusi PRS sedia ada dan kerusi yang telah kalah pasti akan ditentukan oleh presiden parti.

Dalam pada itu, Novel menyentuh tentang isu kedua, iaitu sasaran pengundi atau fokus etnik.

Jika dilihat secara umumnya, kedua-dua parti itu nampak sama, merangkumi masyarakat Dayak di kawasan pinggir bandar, semi bandar dan luar bandar.

Soal kuasa atau siapa yang lebih berkuasa serta perkara berkaitan etnik bakal menjadi penghalang kepada penggabungan ini.

“Isu kerusi, lantikan politik dan lantikan ketua kampung pasti menjadi hal di kemudian hari kerana melibatkan soal kuasa siapa yang lebih berkuasa.

“Akhirnya yang menentukan ialah agenda parti atau agenda rakyat atau agenda negara dan negeri.

“Kalau dari aspek agenda rakyat atau negeri, maka gabungan ini satu perkara yang baik kerana ia akan menguatkan perwakilan Dayak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Kabinet atau jawatan lantikan politik dan juga jawatan di peringkat kampung.

Baca lain  Tampilkan cerita rakyat dalam persembahan teater

“Sekiranya melihat kepada agenda parti, ia merugikan kerana perwakilan PRS dalam DUN lebih banyak berbanding PDP.

“Harus diingatkan juga, jawatan Timbalan Ketua Menteri pernah disandang oleh PRS melalui mantan presiden mereka, mendiang Tan Sri James Jemut Masing, manakala Tan Sri Wiliam Mawan yang pada masa itu sebagai Presiden PDP, hanya dilantik sebagai menteri.

“Untuk itu, saya tidak rasa PRS akan bersetuju dengan gabungan ini kerana lebih banyak kerugian daripada keuntungan diperoleh melihat dari sudut politik.

“Tetapi, kalau melihat dari sudut institusi, ia baik untuk kestabilan politik di Sarawak,” jelasnya.

Beliau menyimpulkan bahawa watak utama dalam kedua-dua parti itu ialah orang sama.

“Kita boleh agak pergerakannya. Malah, Larry Sng juga merupakan watak utama kerana ayahnya sebelum ini (beralih) dari parti SNAP ke Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS).

“Sekiranya gabungan ini berjaya, adakah Larry Sng akan ikut nanti? Ini juga menjadi satu persoalan,” katanya.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

BERITA TERBARU

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).