ARTIKEL

Hanifah mengagihkan topi keledar kepada pengguna motosikal semasa Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Musim Perayaan, di sini, hari ini.

Pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati pulang semasa musim perayaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa memandu dalam keadaan berhati-hati bagi memastikan selamat tiba di destinasi.

Hanifah mengagihkan topi keledar kepada pengguna motosikal semasa Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Musim Perayaan, di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, elakkan memandu dalam keadaan lelah atau kurang sihat.

“Sebelum bertolak ke destinasi yang dituju, periksa kenderaan masing-masing terutamanya brek.

“Ini bagi memastikan kita selamat tiba ke destinasi untuk menyambut perayaan atau bercuti bersama orang yang tersayang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Musim Perayaan di Pasar Lama Mukah, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, topi keledar kepada kanak-kanak dan dewasa turut diagihkan semasa kempen tersebut.

Hanifah yang juga Ahli Parlimen Mukah memberitahu, tujuan pengagihan topi keledar adalah untuk memastikan orang ramai membiasakan penggunaannya.

Katanya, selain mengagihkan topi keledar, beg cenderahati dan maklumat berkenaan dengan keselamatan jalan raya turut diedarkan kepada pengguna.

Hanifah turut menasihati orang ramai terutamanya ketika meninggalkan rumah, pastikan suis elektrik ditutup, pastikan tingkap dan pintu dikunci.

Untuk lebih selamat, maklumkan kepada pihak polis supaya mereka meronda di kawasan rumah semasa ditinggalkan.

“Bagi mereka yang mempunyai haiwan peliharaan, pastikan makanannya mencukupi atau tumpangkan di rumah lain supaya tidak kebuluran,” tambahnya.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine dan Pegawai Daerah Peleadzman Ahip.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU