ARTIKEL

Penggunaan e-skuter di UiTM sasar pembentukan kampus lestari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SAMARAHAN: Sebanyak 150 e-skuter beam disediakan di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Sarawak bagi memudahkan pergerakan pelajar, sekali gus menyokong aspirasi Kerajaan Sarawak ke arah penggunaan teknologi digital.

Rektor UiTM Sarawak Datuk Dr Jamil Hamali berkata, sebanyak 90 e-skuter dan 10 stesen beam tersedia di UiTM Kampus 1, manakala 60 e-skuter dan enam stesen beam di UiTM Kampus Samarahan 2.

LESTARI… Dr Jamil (tengah) menaiki e-skuter bersama-sama pensyarah UiTM Sarawak yang lain.

Katanya, UiTM Sarawak menyasarkan pembentukan kampus yang lestari dengan menggalakkan penurunan kadar penggunaan karbon di kawasan universiti.

“Bagi mencapai matlamat tersebut, UiTM Sarawak memperkenalkan pengangkutan mikro hijau ini menggunakan tenaga elektrik yang dikenali sebagai e-skuter beam,” katanya.

RAKAM KENANGAN… Dr Jamil merakam kenangan bersama-sama kakitangan dan pelajar UiTM Sarawak.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran E-Scooter Micro Mobility UiTM Sarawak di Pusat Pelajar UiTM Sarawak di sini, semalam.

Mengulas mengenai keselamatan pengguna e-skuter berkenaan, Dr Jamil berkata garis panduan dan peraturan ketat disediakan tertakluk kepada Pekeliling Rektor yang telah dihebahkan bagi memastikan keselamatan pengguna dijaga.

“Laluan yang digunakan oleh pengguna e-skuter disediakan termasuk kawasan meletakkan e-skuter juga telah ditentukan supaya tersusun dan kemas.

“Mereka hanya boleh meletakkan e-skuter di kawasan tertentu, di samping sudah menetapkan had laju supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini di dalam kampus,” katanya.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

BERITA TERBARU