ARTIKEL

Dua lelaki yang ditahan selepas didapati positif dadah.

Penghantar makanan, buruh ditahan positif dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Dua penagih dadah seakan-akan tidak serik apabila ditahan lagi selepas dikesan positif methamphetamine dan amphetamine, ketika saringan air kencing di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Bau.

Ketua Polis Daerah Bau Superintendan Mohd Haide A. Rahman berkata, kedua-dua lelaki berusia 22 dan 30 tahun itu, yang masing-masing bekerja sebagai penghantar makanan dan buruh kontrak ditahan kira-kira 11.15 malam, semalam.

“Kedua-dua suspek mengaku kali terakhir mengambil syabu sehari sebelum ditangkap,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah mereka turut didapati memiliki rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Justeru, Mohd Haide berkata kedua-dua suspek ditahan di lokap Balai Polis Bau untuk siasatan dan tindakan lanjut mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU