ARTIKEL

Misi penghantaran bantuan bekalan makanan kepada 432 orang penduduk Penan dari Long Liaw, Kampung Apau Nyaring dan Kampung Long Kerong di pedalaman Miri yang dimulakan hari ini.

Penghantaran bantuan makanan kepada komuniti Penan terjejas banjir dimulakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Misi kemanusiaan penghantaran bantuan bekalan makanan daripada Kerajaan Sarawak melalui udara dimulakan hari ini kepada 432 orang penduduk Penan dari tiga buah penempatan yang terjejas banjir dan tanah runtuh.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri, Galong Luang berkata penghantaran itu menggunakan sebuah Helikopter Airbus EC135 milik Hornbill Skyways, melalui hangar Hornbill Skyways di Lapangan Terbang Miri.

Menjelas lanjut, beliau yang juga Residen Bahagian Miri berkata khidmat helikopter diperlukan kerana keadaan banjir dan tanah runtuh yang berlaku di Daerah Beluru menyukarkan misi menghantar bantuan makanan kepada mangsa melalui akses darat.

“Pada hari ini, kita akan menghantar makanan ke Long Liaw iaitu salah sebuah penempatan Penan di kawasan Ulu Tinjar.

“Sebanyak 300 kilogram (kg) iaitu 26 set bekalan makanan akan dihantar pada satu-satu masa,” katanya ketika menyaksikan penghantaran pertama itu.

Sementara itu, juruterbang Kapten Christine Long Lalo memberitahu beliau bersama Kapten James Canero akan memulakan misi penghantaran makanan untuk Kampung Long Liaw.

“Sebanyak 1,200 kg akan dihantar, yang dijangka mengambil empat hingga lima trip,” katanya.

Katanya sebaik penghantaran ke Long Liaw selesai, mereka akan meneruskan ke Kampung Apau Nyaring dan Kampung Long Kerong.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU