ARTIKEL

Penghargaan untuk rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin merupakan antara individu yang dikurnia Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk.

Gelaran tersebut dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Wilayah Persekutuan 2021 baru-baru ini.

Beliau mengakui, gelaran tersebut adalah penghargaan beliau kepada seluruh rakyat di parlimen Puncak Borneo atas sokongan mereka yang tidak berkesudahan.

“Sebagai anak daripada keluarga miskin yang telah melalui kehidupan yang berliku, tidak pernah saya terfikir bahawa saya akan berada sejauh ini.

Tanpa sokongan rakyat, saya mungkin tidak akan berdiri dan berada di tempat ini hari ini. “Justeru itu, saya akan lebih berdedikasi dan akan terus bekerja keras untuk membawa lebih banyak perkembangan dan pertumbuhan ekonomi,” ujarnya melalui kenyataan media pada Isnin.

Tambah beliau yang juga Timbalan Menteri Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia, beliau ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas penghargaan berprestij itu.

“Saya berasa rendah hati dengan penghargaan yang diberikan kepada saya ini. “Tidak ada kata lain yang dapat saya katakan kecuali bersyukur. Daulat Tuanku!” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kesungguhannya untuk membantu rakyat Malaysia tanpa prejudis terhadap bangsa dan agama malah beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan.

Terdahulu, Willie bersamasama isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Ragad Kurdi Taib; Ahli Parlimen Saratok Ali Biju dan Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah adalah antara 335 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat yang dikurniakan oleh Yang diPertuan Agong sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021, semalam. Willie Mongin adalah antara 81 penerima Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali