KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan bahawa Maharaja Jepun, Maharaja Naruhito turut mengetahui perkembangan negeri ini ketika beliau menerima penganugerahan The Order of the Rising Sun, Gold and Silver Star daripada kerajaan negara itu, baru-baru ini.
Beliau berkata, pengalaman itu berlaku di luar jangkaan memandangkan protokol kebiasaannya tidak membenarkan penerima berinteraksi secara langsung dengan Maharaja.
“Menurut protokol, kita hanya menunggu dan menerima penganugerahan tanpa perbualan. Namun selepas majlis, baginda sendiri menghampiri saya dan memulakan interaksi.
“Maharaja berkata bahawa baginda mengenali Malaysia dan turut mengetahui mengenai Sarawak. Rupa-rupanya baginda mengikuti perkembangan negeri ini.
“Ini menunjukkan bahawa apabila kita berfikir di luar kotak, pihak luar juga akan mengenali kita. Sebab itu saya terkejut,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Khas Premier Sarawak (AKPS) 2025 di Dewan Serbaguna Kompleks Satria Pertiwi, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, pengiktirafan tersebut turut mengingatkannya kepada usaha awal Sarawak dalam sektor perindustrian ketika beliau menerajui Kementerian Industri, termasuk kejayaan membawa masuk syarikat elektronik seperti Taiyo Yuden dan beberapa pelabur lain.
“Sebab itu saya tekankan bahawa kita perlu berfikir di luar kotak, menginovasi dan berubah.
“Kerana itulah Sarawak bergerak ke arah ekonomi baharu… dan untuk memenuhi keperluan itu, kita memerlukan tenaga manusia berpengetahuan termasuk dalam kalangan pegawai di Sarawak,” katanya lagi.
Abang Johari menegaskan bahawa, pembangunan Sarawak pada masa ini tidak hanya bersandarkan infrastruktur fizikal seperti jalan raya, jambatan dan bangunan baharu tetapi turut bergantung kepada pembangunan modal insan berpendidikan tinggi.
Katanya, kerajaan Sarawak sedang meneliti pelbagai alternatif bagi memastikan pembiayaan mampan sektor pendidikan, sekali gus memastikan generasi muda Sarawak dapat memenuhi keperluan ekonomi baharu.
“Cabaran tetap ada tetapi pada masa sama peluang turut terbuka. Dengan kekayaan modal semula jadi, Sarawak mempunyai kelebihan untuk terus membangun,” jelasnya.
Sebelum ini, Kedutaan Jepun mengumumkan bahawa Abang Johari merupakan antara penerima Imperial Autumn Decoration 2025 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Jepun dan Malaysia.

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan
BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

