ARTIKEL

Datuk Len Talif Salleh

Pengiktirafan UNESCO Lonjak Sarawak Delta Geopark ke Pentas Dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANJUNG MANIS: Pengiktirafan Sarawak Delta Geopark sebagai Tapak Geopark Global UNESCO menjadi mangkin utama dalam merancakkan pembangunan ekonomi negeri serta mengangkat keunikan alam semula jadi dan budaya Sarawak ke peringkat antarabangsa.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, pengiktirafan berprestij itu membuktikan kepentingan kawasan berkenaan bukan sahaja dari sudut geologi, malah turut menonjolkan kekayaan biodiversiti serta kepelbagaian budaya masyarakat tempatan.

“Sarawak Delta Geopark memiliki keistimewaan tersendiri melalui pembentukan geologi berusia jutaan tahun, sekali gus menjadikannya antara lokasi penting bagi kajian dan penyelidikan berkaitan sejarah bumi di rantau ini.

“Keunikan flora dan fauna turut menyumbang kepada nilai tinggi di samping warisan budaya masyarakat yang masih dikekalkan hingga kini,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri sesi taklimat dan program bimbingan SejaTI MADANI bagi Daerah Tanjung Manis, hari ini.

Beliau menjelaskan pengiktirafan UNESCO itu turut membuka peluang kepada kawasan pesisir dan seluruh Sarawak untuk terlibat secara aktif dalam sektor perkhidmatan, khususnya dalam penghasilan produk tempatan berasaskan sumber asli.

Katanya, limpahan manfaat daripada status geopark tersebut dijangka merangsang pertumbuhan ekonomi komuniti setempat melalui peningkatan aktiviti pelancongan serta penglibatan dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Dalam pada itu, Len Talif turut menekankan bahawa pembangunan geopark perlu diimbangi dengan usaha pemeliharaan alam sekitar agar keunikan kawasan tersebut dapat dikekalkan untuk generasi akan datang.

“Kejayaan produk tempatan seperti Tenun Rajang yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa termasuk di Paris membuktikan potensi besar industri kraf Sarawak untuk berkembang lebih jauh.

“Selain itu, hasil pertanian seperti lada dari Sarikei serta produk madu tempatan juga semakin mendapat pengiktirafan global, sekali gus menunjukkan keupayaan Sarawak untuk bersaing di pasaran dunia,” ujarnya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU