ARTIKEL

Awang Tengah (tengah) menyantuni mesra orang ramai yang menghadiri Program Jelajah Armada Pemuda PBB Negeri Sarawak 2024 Zon Utara, baru-baru ini. - Foto: UKAS

Penguasaan bahasa Inggeris dan kemahiran teknologi ditekankan kepada generasi muda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LAWAS: Sarawak akan memberi penekanan kepada penguasaan Bahasa Inggeris dan kemahiran teknologi untuk meningkatkan generasi muda ke arah bidang yang lebih maju pada masa hadapan.

Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata bahawa perubahan zaman menuntut aktiviti ekonomi yang lebih rancak.

Awang Tengah (tiga kiri) menerima cenderamata daripada Lukanisman (empat kanan) dalam program tersebut. – Foto: UKAS

“Ini kerana, seiring dengan perubahan ini, negeri dan rakyatnya perlu menumpukan kepada ekonomi baharu untuk menaik taraf hidup selaras dengan perubahan ini bagi pembangunan ekonomi.

“Dalam mana-mana pembangunan, orang ramai mesti mengaitkannya dengan kemajuan teknologi pada masa ini.

“Jika kita berusaha menggunakan teknologi baharu, tentu ia akan membuahkan hasil yang lebih kepada kita kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Program Jelajah Armada Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Negeri Sarawak 2024 Zon Utara di Lawas, baru-baru ini.

Jelasnya, matlamat untuk mencapai ekonomi maju merangkumi kepentingan semua kaum dan persekitaran yang baik.

“Kita akan memberi fokus kepada pembangunan dalam pelbagai bidang, termasuklah kemajuan dalam bidang pertanian seperti penanaman padi yang membuahkan hasil jauh lebih tinggi.

“Namun, kita perlu menggalakkan belia untuk menguasai teknologi kini, terutamanya ekonomi digital bagi mengelakkan mereka daripada ketinggalan dalam perubahan ini,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Awang Tengah memberitahu bahawa kanak-kanak perlu dilatih dalam teknologi dan mahir menguasai bahasa.

Ini kerana,penguasaan Bahasa Inggeris masih kurang dalam kalangan masyarakat dan pihaknya berhasrat untuk melengkapkan anak-anak dengan latihan teknologi serta penguasaan bahasa.

Katanya lagi, ini bagi memastikan mereka dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran.

Sehubungan itu, Kerajaan Sarawak juga telah menubuhkan institusi seperti Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) dan universiti lain.

Tambahnya, menjelang tahun 2026, kerajaan berazam untuk menyediakan pendidikan percuma di universiti milik Sarawak buat rakyat Sarawak.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ketua Pergerakan Pemuda PBB, Datuk Lukanisman Awang Sauni.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU