ARTIKEL

Pengunjung ke Brunei wajib disaring

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANDAR SERI BEGAWAN: Negara Brunei Darussalam belum memeterai sebarang perjanjian dengan mana-mana negara bagi kemudahan perjalanan.

Menteri Kesihatannya Datuk Seri Setia Dr Mohammad Isham Jaafar berkata, mereka yang ingin masuk semula atau memasuki negara ini masih perlu menjalani ujian Covid-19 meskipun telah melakukannya di negara asal atau negara yang dilawati.

Menurutnya, prosedur ini akan berubah jika terdapat sebarang perjanjian dengan negara-negara berkaitan.

“Namun sekarang ini belum ada perjanjian ataupun persetujuan dengan mana-mana negara.

“Oleh itu, SOP kita masih sama kerana sesiapa sahaja yang ingin masuk ke negara ini akan dikenakan saringan,” katanya ketika sidang media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, di sini semalam.

Dr Mohammad Isham menjelaskan, sesiapa yang ingin keluar negara hendaklah menunjukkan sijil, bayaran saringan $100 bagi rakyat Brunei dan penduduk tetap.

Manakala bukan rakyat Brunei perlu menunjukkan kad pengenalan hijau dan kos saringan $200.

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU