ARTIKEL

Gambar hiasan

Pengurus premis didenda RM6,000 kendali pusat hiburan tanpa lesen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang pengurus premis dijatuhi hukuman denda RM6,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini kerana menjalankan pusat hiburan tanpa lesen.

Carolina, 34, dari Kota Samarahan, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 5(1)(b) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(3) Ordinan Hiburan 2000 kerana mengendalikan pusat hiburan tanpa lesen.

Dia melakukan kesalahan itu di sebuah premis di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce sekitar jam 11.50 malam pada 13 Mac lalu.

Menurut fakta kes, satu serbuan dilakukan oleh pihak polis di sebuah pusat hiburan kerana dipercayai beroperasi tanpa lesen.

Hasil serbuan berjaya menangkap seorang wanita dan barang-barang turut dirampas seperti seunit televisyen, seunit pembesar suara, seunit mikrofon dan sekeping resit jualan.

Hasil siasatan mendedahkan tertuduh, sebagai pengurus premis, telah menjalankan operasi pusat hiburan tanpa lesen sah daripada pihak berkuasa tempatan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aidil Akmal Sharidan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU