ARTIKEL

Hasidah ketika membentangkan RUU Cuti Umum (Pindaan) 2026 pada Persidangan DUN Sarawak di Kuching, hari ini.

Pengurusan cuti umum Sarawak lebih jelas, praktikal dan cekap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ordinan Cuti Umum Sarawak yang berusia hampir lapan dekad dipinda untuk mewujudkan mekanisme lebih jelas bagi menangani kelompongan berkaitan pertindihan cuti umum yang sebelum ini memerlukan pewartaan berasingan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, Rang Undang-Undang (RUU) Cuti Umum (Pindaan) 2026 bertujuan memastikan pengurusan cuti umum di Sarawak lebih jelas, praktikal dan cekap.

Menurutnya, ordinan yang mula berkuat kuasa pada 16 Disember 1946 sebagai Ordinan No. 4 Tahun 1946 dan walaupun melalui beberapa pindaan, terdapat keadaan semasa yang tidak diperuntukkan secara jelas ketika ia digubal.

“Antaranya ialah pertindihan cuti umum, undang-undang berkenaan tidak menyatakan secara jelas apabila sesuatu cuti jatuh pada hari yang juga merupakan cuti umum.

“Sehubungan itu, pindaan tersebut mencadangkan peruntukan berkaitan cuti umum yang jatuh pada Ahad atau bertindih dengan cuti umum lain dipindahkan daripada Jadual Pertama ke Seksyen 3 Ordinan bagi mewujudkan hari gantian secara statutori,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan RUU Cuti Umum (Pindaan) 2026 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Menurutnya, sebelum ini setiap pertindihan memerlukan pemberitahuan berasingan dalam warta kerajaan bagi menetapkan cuti gantian, satu proses yang dianggap kurang praktikal dan berpotensi menyebabkan kelewatan kepada sektor awam serta swasta.

“Rang undang-undang ini membolehkan cuti gantian berkuat kuasa secara automatik di bawah ordinan. Tidak lagi perlu dikeluarkan pemberitahuan berasingan dalam warta kerajaan setiap kali berlaku pertindihan cuti.

“Ini akan memberikan kepastian lebih besar kepada orang ramai dan meningkatkan kecekapan pentadbiran,” katanya.

Beliau berkata, mekanisme itu turut membolehkan keluarga dan masyarakat merancang cuti lebih awal tanpa perlu menunggu pengesahan melalui pewartaan.

Selain itu katanya, pindaan tersebut turut mencadangkan pemansuhan Jadual Kedua yang tidak lagi relevan.

“Pindaan susulan juga akan dibuat dengan menghapuskan rujukan kepada “Jadual Pertama atau Kedua” dalam Ordinan sedia ada dan menggantikannya dengan rujukan tunggal kepada “Jadual”,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU