ARTIKEL

Presiden Persatuan Pengurusan Fasiliti Malaysia (MAFM), Datuk Seri Zohari Akob ketika berucap pada Perasmian Persidangan Pengurusan Fasiliti Asia Ke-5 (FMAC 2026) di Hotel Raia, di sini, hari ini. FOTO: RAMIDI SUBARI

Pengurusan fasiliti mampan sokong agenda pembangunan negeri jangka panjang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengurusan fasiliti yang mampan penting dalam memastikan setiap pembangunan terus memberi manfaat kepada masyarakat, sekali gus menyokong agenda pembangunan negeri untuk jangka panjang.

Presiden Persatuan Pengurusan Fasiliti Malaysia (MAFM), Datuk Seri Zohari Akob berkata, pengurusan fasiliti tidak seharusnya dilihat sebagai tanggungjawab selepas sesuatu projek siap dibina, sebaliknya perlu diberi perhatian sejak peringkat perancangan dan reka bentuk.

Menurutnya, pendekatan ini mampu memastikan setiap aset dapat diurus dengan lebih cekap, mengurangkan kos penyelenggaraan serta mengekalkan nilai dan fungsinya sepanjang kitaran hayat.

“Kita percaya sesebuah fasiliti hanya bernilai apabila ia mampu memberi pengalaman terbaik kepada penggunanya. Oleh itu, aspek pengurusan fasiliti perlu diterapkan sejak hari pertama sesuatu pembangunan dirancang dan bukannya selepas pembinaan disiapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluannya pada Perasmian Persidangan Pengurusan Fasiliti Asia Ke-5 (FMAC 2026) yang dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata pemilihan Kuching sebagai tuan rumah persidangan selari dengan pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang memberi penekanan kepada pembangunan pelbagai sektor termasuk infrastruktur, utiliti, ekonomi digital dan tenaga boleh diperbaharui.

Katanya, perkembangan ini akan menyaksikan pertambahan pelbagai bangunan serta kemudahan awam yang memerlukan sistem pengurusan fasiliti yang lebih cekap, mampan dan berdaya tahan.

Menurut beliau, kemampanan dalam pengurusan fasiliti perlu dilihat daripada tiga aspek utama iaitu ekonomi, alam sekitar dan sosial.

Dalam pada itu, beliau berkata persidangan selama dua hari ini menjadi platform menghimpunkan pengamal industri, agensi kerajaan, ahli akademik dan pakar dari dalam serta luar negara untuk berkongsi idea, pengalaman dan amalan terbaik dalam memperkukuh industri pengurusan fasiliti.

“Antara topik yang dibincangkan termasuk tadbir urus, pembangunan modal insan, transformasi digital, kecerdasan buatan (AI), daya tahan organisasi dan pelibatan pihak berkepentingan dalam memperkasa sektor berkenaan,” ujarnya.

Justeru, beliau berharap persidangan ini dapat memperkukuh kerjasama dalam kalangan pemain industri serta meningkatkan pengiktirafan profesion pengurusan fasiliti sebagai pemacu penting pembangunan mampan di Malaysia.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU